Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Majlis Orientasi dan Informasi (MOIN) 2024 Majlis Orientasi dan Informasi (MOIN) 2024 telah diadakan sebanyak 2 siri iaitu Siri 1 pada 25 Mei 2024 di Kompleks Kedutaan Malaysia di Berlin dan Siri 2 pada 22 Jun 2024 di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt. Program Siri 1 telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia di Jerman, PYT Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin. Seramai 64 orang pelajar tajaan daripada JPA dan MARA telah menghadiri program ini telah diberi penerangan mengenai fungsi dan peranan Kedutaan. PYT Duta juga telah mengambil kesempatan menyampaikan mesej dan nasihat kepada pelajar-pelajar Malaysia, terutamanya mereka yang baru tiba di Jerman. Duta Besar Malaysia di Jerman merasmikan Majlis Orientasi dan Informasi (MOIN) 2024 di Kompleks Kedutaan Malaysia di Berlin. Program Bahn Sarong Program Bahn Sarong diadakan pada 31 Ogos 2024 di Berlin, Jerman yang menghimpunkan hampir 200 warganegara Malaysia, termasuk pelajar tajaan JPA dan MARA. Program ini merupakan anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Berlin, JPA Frankfurt, MARA Frankfurt, Malaysian – German Student Society (MGSS), dan Malaysia Club Berlin (MCB) di bawah Program Sinergi bersama rakyat Malaysia di Jerman. Perjalanan bermula dari Berlin Hauptbahnhof ke Brandenburg Gate, di mana ucapan Hari Kebangsaan dirakamkan oleh Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin. Program diteruskan dengan menaiki kereta api ke Rumah Malaysia (kediaman rasmi Duta Besar), di mana aktiviti patriotik diadakan, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. PPL di Seoul, Korea Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia Program Ramah Mesra YAB Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia telah diadakan pada 25 November 2024 di The Shilla Seoul Hotel dengan penglibatan para pelajar Malaysia di Korea. Program Ramah Mesra YAB Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia Special Lecture:Strategic Partners in a Complex World:Malaysia, Korea and the Future of Asia yang dihoskan oleh The Seoul National University Asia Centre Pada hari berikutnya, 26 November 2024, YAB PM telah menyampaikan Special Lecture: Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea and the Future of Asia yang dihoskan oleh The Seoul National University Asia Centre. 093 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy