Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
C. PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN (PPL) DI LUAR NEGARA PPL bertanggungjawab menguruskan hal ehwal dan kebajikan pelajar-pelajar tajaan JPA di luar negara termasuk sesi libat urus dengan institusi pendidikan, melaksanakan program pembangunan pelajar, pengurusan pentadbiran pelajar serta pengurusan kewangan. PPL di Frankfurt, Jerman Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia Ke Jerman Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia telah diadakan pada 12 Mac 2024 di Berlin, Jerman. Seramai 370 orang diaspora dan pelajar tajaan JPA telah menghadiri majlis ini. Semasa sesi interaktif di antara YAB PM bersama rakyat Malaysia, YAB PM telah menjelaskan mengenai potensi pelaburan bersama syarikat-syarikat di Jerman yang boleh diambil peluang oleh rakyat Malaysia di Jerman. 092 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy