Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Kolaborasi Strategik BMI telah melaksanakan sesi libat urus dan kolaborasi strategik bersama agensi Kerajaan dan swasta termasuk KESUMA bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan tajaan JPA. Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan Tajaan JPA Tahun 2023, kadar kebolehpasaran graduan tajaan JPA yang tamat taja pada tahun 2023 adalah sebanyak 94.4% merangkumi graduan bekerja (73.7%), graduan lanjut pengajian (20.3%), meningkatkan kemahiran (0.2%) dan menunggu penempatan (0.2%). BMI telah menyertai Program MADANI Rakyat dan Program Masuk U sebagai pempamer reruai JPA untuk mempromosikan program penajaan JPA. Reruai JPA telah menerima kunjungan oleh 1,752 orang pengunjung. Sesi libat urus juga telah diadakan bersama pihak kementerian/ agensi yang berkaitan, universiti awam dan universiti swasta bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan penajaan JPA. PERKESO 8 Februari 2024 Bank Negara Malaysia 15 Jun 2024 Cohu 8 Januari 2024 - 1 Mei 2024 ICAEW 26 Jun 2024 AIA Malaysia 10 Mei 2024 KESUMA 3 Ogos 2024 MATRADE 4 Jun 2024 MAHB 22 November 2024 091 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy