Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Program Outreach Pelajar Tajaan JPA Program Outreach Pelajar Tajaan JPA telah dilaksanakan di 36 buah IPT dengan kehadiran seramai 4,157 orang pelajar tajaan JPA. Pelaksanaan program ini bersifat inklusif kerana turut melibatkan IPT di kawasan luar bandar seperti Politeknik Sandakan dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak. Program Transformasi Kendiri Lima siri Program Transformasi Kendiri (PTK) telah dilaksanakan seperti berikut: SIRI PTK TARIKH LOKASI BIL. PELAJAR PTK 1/2024 14/02/2024 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Tronoh, Perak 11 PTK 2/2024 15/02/2024 Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET), Lumut Perak 56 PTK 3/2024 05/03/2024 Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak 17 PTK 4/2024 26/10/2024 Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjung Malim, Perak 203 PTK 5/2024 16/11/2024 Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor 130 JUMLAH PELAJAR 417 417 JUMLAH PELAJAR Program ini dirangka sebagai salah satu program intervensi ke atas pelajar tajaan JPA dalam negara yang dikenal pasti menghadapi masalah mencapai Had Kecemerlangan Akademik (HKA) iaitu di bawah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0. Mulai Oktober 2024, pelaksanaan program ini dikembangkan dengan pelaksanaan secara menyeluruh ke atas semua pelajar tajaan JPA tanpa mengira HKA bagi memastikan program pembangunan pelajar dapat dilaksanakan secara inklusif. Program Transformasi Kendiri Bersama Pelajar Tajaan JPA di UNIKL-MIMET, Perak pada 15 Februari 2024 Program ini bertujuan menjelaskan tanggungjawab pelajar sepanjang tempoh tajaan sehingga lapor diri dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada pelajar untuk memberikan komitmen dalam pengajian dan tamat dalam tempoh yang ditetapkan. Secara keseluruhan, program pemantauan ini melibatkan sejumlah 39,323 orang pelajar tajaan JPA dalam negara. 089 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy