Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Program Career Outreach JPA dan Program Road to Excellence Program ini diadakan bertujuan menyampaikan maklumat obligasi penajaan berserta elemen pembangunan sahsiah dan kendiri bagi memastikan sasaran supaya para pelajar tajaan JPA Graduate on Time (GOT) tercapai dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan sekaligus memudahkan graduan membayar balik pinjaman pelajaran. Sebanyak 15,435 orang pelajar telah menamatkan pengajian pada tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, 92.8% pelajar tamat pengajian pada masanya ( Graduate on Time ). Manakala, 1.2% pelajar tamat lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan. Program Career Outreach JPA Siri 3/2024 pada 21 Mac 2024: Pasca Pengajian dan Obligasi Kontrak Program Reorientasi Graduan Bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi Pelaksanaan Program Reorientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi menghubungkan pelajar tahun akhir dalam bidang kritikal dengan Pihak Berkuasa Melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPSM, KKM) dan Badan Profesional iaitu Malaysian Medical Council (MMC), Malaysian Dental Council (MDC) dan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) bertujuan memudahkan pelajar menjalani Latihan Siswazah selepas tamat pengajian. Program Reorientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi 2024 pada 12 Oktober 2024 di Kompleks F, Putrajaya 088 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy