Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

H.E.M.A.T. adalah rumusan akronim kepada butiran berikut; H E M A T Hijrah Tata Kelola Empati Rakyat Minda Pekin Apresiasi Inovasi Telus Tadbiran Mengehendaki kita untuk sentiasa berani berhijrah menerusi kepekaan dengan tuntutan perubahan semasa, menjalankan tugas dengan rapi, cekap dalam pelaksanaan tugas, dan mengamalkan komunikasi secara efisien. Pegawai Awam perlu sentiasa mendengar dan memahami permasalahan rakyat, sentiasa prihatin dan menyayangi rakyat, serta menumpukan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Pegawai Awam perlu sentiasa bersikap cermat dalam membelanjakan dana awam, sentiasa kreatif dan inovatif dalam memanfaatkan sumber-sumber sedia ada, mempunyai minda “value for money”, dan menjalankan tugas secara kerjasama strategik antara organisasi. Perkhidmatan Awam amat memerlukan budaya ini. Kita perlu sentiasa menyokong dan menghargai perkembangan idea-idea baharu bagi memperkasakan Perkhidmatan Awam, meneroka pelbagai inisiatif baharu yang bersesuaian dengan kehendak semasa, dan berusaha untuk memartabatkan inisiatif digital baharu yang efisien. Perlu berusaha untuk menyematkan nilai-nilai integriti dalam menjalankan tugas seharian, sentiasa membudayakan amalan semak dan imbang bagi melancarkan pelaksanaan tugas, dan meraikan pandangan luar yang dapat memantapkan lagi kualiti kerja yang dijalankan. #SeiringSepakat 007 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy