Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Penajaan Pelajar Ke Luar Negara Seramai 406 orang pelajar yang berjaya menjalani Program Persediaan ke luar negara telah memulakan pengajian di bawah Program Penajaan Nasional (PPN), Program Khas JPA- MARA (PKJM) dan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ). Pecahan pelajar mengikut negara pengajian adalah seperti berikut: NEGARA BILANGAN PELAJAR Amerika Syarikat 18 China 32 Jerman 39 Perancis 46 India 20 Jepun 105 Korea 39 New Zealand 54 United Kingdom 53 Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara (Diaspora Malaysia) Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara (PTM) merupakan salah satu platform bagi memastikan ketersediaan pelajar-pelajar tajaan JPA dari segi mental, fizikal danmemiliki keupayaan beradaptasi sebelummeneruskan pengajian ke luar negara. Modul-modul yang dirangka merangkumi taklimat, latihan dalam kumpulan, sesi perkongsian alumni tajaan JPA, kenegaraan dan kepimpinan. Pada tahun 2024, lima siri PTM telah dilaksanakan yang melibatkan 532 orang pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara seperti perincian berikut: SIRI PTM TARIKH LOKASI BIL. PELAJAR PTM 1/2024 14 - 17Januari 2024 PLK Alor Gajah, Melaka 112 PTM 2/2024 26 - 29 Februari 2024 PLK Alor Gajah, Melaka 125 PTM 3/2024 19 - 22 Mei 2024 PLK Ulu Kenas, Perak 114 PTM 4/2024 20 - 23 Ogos 2024 PLK Alor Gajah, Melaka 80 PTM 5/2024 18 - 21 Oktober 2024 PLK Tanjung Rhu, Selangor 101 JUMLAH PELAJAR 532 532 JUMLAH PELAJAR Mesyuarat Tahunan JPA dan Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology of Japan (MEXT) 2024 Mesyuarat Tahunan JPA dan Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology of Japan (MEXT) 2024 telah diadakan pada 11 Januari 2024 di Putrajaya dengan kehadiran delegasi yang diketuai oleh Higuchi Hitomi, Ketua Bahagian MEXT dan wakil-wakil daripada National Institute of Technology, Japan (KOSEN), Tokyo University of Foreign Studies, Kedutaan Besar Jepun di Malaysia serta Kolej-Kolej Persediaan ke Jepun di Malaysia iaitu INTEC Education College, Pusat Bahasa Teikyo dan Ambang Asuhan Jepun. 086 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy