Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Sesi taklimat telah diadakan bagi mengingatkan pegawai tentang syarat dan faedah cuti belajar. Sesi soal jawab turut dijalankan untuk menangani sebarang isu dan cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh pengajian mereka. B. LATIHAN SEBELUM PERKHIDMATAN Pada tahun 2024, sebanyak 15,274 pelajar telah menerima manfaat penajaan pengajian melalui 8 program penajaan di bawah latihan sebelum perkhidmatan yang ditawarkan oleh JPA di dalam dan luar negara. Penawaran penajaan kepada pelajar yang layak dilaksanakan melalui proses saringan yang menyeluruh bagi menilai komitmen pelajar untuk melanjutkan pengajian. Program Student Assessment Centre (SAC) Program Student Assessment Centre (SAC) adalah satu mekanisme bagi menilai pelajar-pelajar cemerlang yang layak ditaja di bawah program penajaan JPA. Proses penilaian dilaksanakan melalui ujian psikometrik, saringan dan tapisan pemilihan yang menyeluruh melibatkan komponen sahsiah pelajar. Pada tahun 2024, SAC dilaksanakan bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang memohon penajaan di bawah Program Penajaan Nasional (PPN), Program Lepasan SPM (LSPM), Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JKPJ) dan Program Khas JPA-MARA (PKJM). Seramai 3,636 calon yang telah berjaya melepasi syarat umum dan syarat khusus penajaan dipanggil ke SAC 2024 bagi melalui proses temuduga di 17 buah lokasi Pusat SAC di seluruh negara mulai 24 hingga 26 Jun 2024. Program ini turut melibatkan usahasama seramai 264 orang pegawai awam sebagai Ketua Pusat SAC, Sekretariat dan Panel Penilai. Lawatan Kerja Rasmi YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) ke Pusat SAC 2024 Negeri Kelantan di Kampus Perubatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan 083 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy