Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Program Kerjasama JICA Program yang telah disertai oleh 175 orang pegawai ini merupakan program latihan berbentuk kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun dengan tujuan meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Malaysia melalui program latihan dalam bidang-bidang tertentu di Jepun. Modul-modul yang dirangka dapat memberi pendedahan kepada amalan tadbir urus yang baik oleh agensi Kerajaan dan swasta di Jepun serta dalam menambahbaik tadbir urus sedia ada Perkhidmatan Awam di Malaysia. Pegawai juga dapat mengikuti program-program yang melibatkan pakar-pakar dari negara Jepun dengan kos yang efektif melalui perkongsian kos antara kedua negara. Program Sangkutan Seramai 15 orang pegawai kanan Kerajaan telah mengikuti program sangkutan ke syarikat- syarikat swasta dan agensi Kerajaan di United Kingdom selama satu bulan. Program ini memberi pendedahan kepada pegawai berhubung sistem tadbir urus dan amalan korporat yang diterapkan oleh syarikat multinasional di peringkat global. Pegawai yang terlibat berpeluang untuk memperluas rangkaian kerjasama antara sektor awam dan swasta, serta melibatkan diri dalam projek tertentu atau operasi syarikat swasta yang terlibat. Pengalaman ini juga membuka ruang untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara pegawai Kerajaan dan sektor swasta di luar negara. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pegawai awam untuk mengalami budaya kerja yang berbeza, yang pada akhirnya dapat membentuk pemikiran yang lebih terbuka, kreatif, dan inovatif. Executive Development Programme (EDP) Seramai 60 orang pegawai daripada pelbagai skim dan gred perkhidmatan telah menyertai program EDP yang bertujuan untuk membangunkan pengurusan dan kepimpinan pegawai awam dengan memberi pendedahan kepada pegawai Kerajaan mengenai falsafah dan nilai-nilai positif yangdimilikiolehpegawaiKerajaanRepublikKorea, yang telah berjaya menjadikan negara mereka maju. Pegawai juga berpeluang menganalisis dasar serta polisi semasa Republik Korea dalam pentadbiran negara dan pembangunan sumber manusia. Selain itu, program ini membolehkan pegawai menimba pengalaman dan amalan terbaik yang dapat dilaksanakan di Kementerian, Jabatan, atau Agensi masing-masing, serta membina jaringan kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Republik Korea. Program Pembangunan Tenaga Pengajar Institut Latihan Awam (ILA) Program ini merupakan program penajaan khusus kepada tenaga pengajar Institut Latihan Awam (ILA) bagi meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar ILA, selari dengan fungsi dan skim perkhidmatan ILA yang terlibat. Pada tahun 2024, program ini telah memberi peluang kepada 1,016 tenaga pengajar ILA menambah ilmu pengetahuan dan memperkasakan kemahiran mereka ke arah menjadikan ILA sebagai sebuah pusat latihan yang berkualiti tinggi dan disegani. Pemantauan Pegawai Tajaan JPA BMI telah mengadakan Program Outreach Pegawai Tajaan JPA di sembilan lokasi terpilih seluruh negara yang telah disertai oleh 422 orang pegawai seperti berikut: LOKASI TARIKH BILANGAN PESERTA Universiti Teknologi Malaysia 19/08/2024 11 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 02/09/2024 12 Universiti Teknologi MARA 09/09/2024 86 Universiti Kebangsaan Malaysia 02/10/2024 152 Universiti Putra Malaysia 10/10/2024 105 Universiti Utara Malaysia 14/10/2024 15 Universiti Sains Malaysia 15/10/2024 15 Universiti Malaysia Sabah 21/10/2024 7 Universiti Malaysia Terengganu 30/10/2024 19 082 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy