Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Kursus Jangka Pendek Pada tahun2024, sebanyakRM32.5 juta telahdiperuntukkanuntukpelaksanaankursus jangkapendekdengan kerjasama penyedia latihan tempatan dan luar negara serta rakan strategik JPA yang turut merangkumi program-program sangkutan. Seramai 2,821 orang pegawai awam telah mengikuti kursus jangka pendek di dalam dan luar negara di bawah 6 program seperti berikut: KURSUS BILANGAN PESERTA PERBELANJAAN (RM) Premier Leadership Programme (PLP) 164 9,288,796.00 Program Lead4Future (L4F) 1,391 21,773,885.00 Program Kerjasama JICA 175 401,556.00 Program Sangkutan 15 1,435,200.00 Executive Development Programme (EDP) 60 1,386,986.00 Program Penajaan Tenaga Pengajar Institut Latihan Awam (ILA) 1,016 3,431297.00 JUMLAH 2,821 49,423,557.00 2,821 JUMLAH PESERTA RM 49,423,557 JUMLAH PERBELANJAAN Premier Leadership Programme (PLP) PLP merupakan program penajaan khusus kepada pegawai Gred JUSA yang memfokuskan kepada kemahiran kepimpinan. Seramai 164 orang pegawai telah menyertai program ini pada tahun 2024. Hasil pembelajaran dan pendedahan melalui program-program yang disertai dapat mengintegrasikan pengetahuan dan pengalaman pegawai dengan tindakan ke arah kebaikan diri dan organisasi, mencetuskan daya pemikiran yang strategik dan berupaya menonjolkan gaya serta ciri-ciri kepimpinan yang tersendiri pada setiap pegawai. Selain itu, pegawai berupayamempamerkan kualiti keintelektualan yang tinggi dalam merungkai suatu permasalahan, s e t e r u s n y a mengusulkan buah fikir penyelesaian yang wajar. Pegawai juga mampu menjadi sumber inspirasi dan pencetus perubahan dalam organisasi. Program Lead4Future (L4F) Program Lead4Future (L4F) merupakan program pembangunan kompetensi yang telah disertai oleh 1,391 pegawai pegawai Gred 9 hingga 15. Program ini bertujuan membangunkan kemahiran dan kepimpinan dalam kalangan pegawai muda sehingga kepada pegawai kanan Kerajaan. Modul program yang dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek kemahiran termasuk pembangunan kemahiran pengurusan, komunikasi, kepimpinan strategik dan kemahiran pentadbiran yang lain. Elemen-elemen kemahiran yang diterapkan dapat mempersiapkan pegawai-pegawai bagi menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang lebih besar dalam perkhidmatan awam kelak. Pegawai juga dilatih untuk memahami dan mendalami isu- isu dasar pentadbiran awam, merancang dan melaksanakan dasar- dasar Kerajaan, serta keupayaan memimpin organisasi atau Jabatan yang lebih besar dengan lebih berkesan dan efektif. Kursus Embracing the Spiritual Dimension for Impactful Leadership pada 11 hingga 14 Jun 2024 di Sama-Sama Hotel, KLIA 081 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy