Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Majlis Penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) pada 17 Julai 2024 di Istana Negara Kursus Jangka Sederhana JPA telah melaksanakan Program Accelerated Course for Competency (ACE) dengan peruntukan sebanyak RM40 juta. Program ACE adalah hasil cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) pada 7 November 2023. Program ini dilaksanakan dengan objektif untuk membangunkan kepakaran dalaman dan mengurangkan kebergantungan kepada konsultan luar serta mengoptimumkan peruntukan Kerajaan. Melalui program ini, pegawai diberi pendedahan dalam 7 bidang tujahan utama negara selama 3 hingga 12 bulan di India, China, United Kingdom dan Australia. Seramai 88 pegawai telahmengikuti program ACE seperti berikut: BIL. KURSUS TARIKH & TEMPAT BILANGAN PESERTA 1. Catalyst AI & Data Specialist – Elevating Public Sector 24/4/2025 - 23/10/2024 Chennai, India 18 2. Navigating Digital Frontier for Smart Government 20/5/2024 - 19/11/2024 Guangzhou, China 15 3. Beyond Border Cultivating Elite Negotiators for Global Challenges 9/8/2024 - 8/2/2025 London, United Kingdom 20 4. Sustainable Halal Food Security: Feeding The Nation and Beyond 21/8/2024 - 21/2/2025 Brisbane, Australia 13 5. Innovative and Data Solution for Public Sector Professionals 24/11/2024 - 23/5/2025 Chennai, Bangalore & Hyderabad, India 18 6. Building Innovative Resilience: Inclusive Leadership in a Changing World 25/11/2024 - 21/3/2025 London, United Kingdom 2 7. Pengurusan Bencana dan Analisis 24/11/2024 - 23/5/2025 Preston, United Kingdom 2 Temuduga Program Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2025 Temuduga bagi program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) telah berlangsung pada 25 September hingga 3 Oktober 2024 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Parcel F, Putrajaya. Temuduga inimelibatkan seramai 692orang calon. Panel temuduga terdiri daripada ahli akademik dan wakil Kementerian/ Jabatan dalam bidang yang berkaitan. Daripada sesi temuduga tersebut, 300 orang pegawai telah ditawarkan programHLP Sesi 2025 setelah diperakukan oleh panel temuduga dan Jawatankuasa Hadiah Latihan Persekutuan (JKHLP) yang bersidang pada 7 November 2024. 080 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy