Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) merancang dan melaksanakan program penajaan dan latihan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten untuk memenuhi keperluan strategik sektor awam dan negara. Penajaan dan latihan dilaksanakan melalui program-program di bawah latihan dalam perkhidmatan dan latihan sebelum perkhidmatan. A. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN Pada tahun 2024, seramai 3,599 pegawai telah menerima penajaan dan menghadiri latihan melalui kursus jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek di dalam dan luar negara. Pegawai ditawarkan penajaan untuk melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat dari peringkat sijil hingga ijazah lanjutan. Selain itu, pegawai diberi peluang untuk menyertai kursus-kursus berimpak tinggi bagi meningkatkan daya kepimpinan serta kompetensi termasuk dalam bidang-bidang tujahan utama negara. Kursus Jangka Panjang Sembilan program latihan jangka panjang telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM9.02 juta. Seramai 521 orang pegawai awam telah ditaja oleh JPA untuk mengikuti kursus jangka panjang di bawah program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB), Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) In-House, Program Khas PDRM, Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) dan Skills Training Initiative (STRIVE). Selain itu, seramai 14 orang warganegara Malaysia termasuk bukan pegawai awam menerima penajaan di bawah Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Selain daripada penajaan oleh JPA, pegawai awam yang berkelayakan juga menerima penajaan oleh badan tajaan asing seperti Japan International Cooperation Agency (JICA), The Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology, Japan (MEXT), Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (LKYSPP, NUS) dan sebagainya. Dalam melaksanakan penawaran program- program penajaan, proses saringan dan semakan yang teliti telah dijalankan. Ini termasuk pelaksanaan sesi temuduga bagi program- program tertentu seperti Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) dan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Temuduga Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 Sesi temuduga telah diadakan pada 28 hingga 30 Mei 2024 di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kajang, Selangor. Seramai 45 orang calon telah menghadiri sesi temuduga ini melibatkan 30 orang calon PhD dan 15 orang calon Sarjana. Barisan panel yang terlibat dalam sesi temuduga ini terdiri daripada ahli akademik, pakar bidang, alumni BYDPA, wakil badan profesional yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang serta wakil JPA selaku penaja. Daripada sesi temuduga tersebut, 14 orang calon berjaya ditawarkan BYDPA bagi tahun 2024. Majlis Penganugerahan BYDPA telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 Julai 2024 di Istana Negara. Sesi Temuduga Program BYDPA pada 28 sehingga 30 Mei 2024 di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kajang, Selangor 079 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy