Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI KAMPUNG PULAU AMAN, PULAU PINANG BPO dan Unit Integriti, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Pulau Pinang, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pulau Pinang telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran bersama komuniti penduduk di Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang pada 19 Oktober 2024 (Sabtu). Di dalam hubungan ini, KELPO bersama- sama Unit Keurusetiaan Strategik dan Khidmat Pengurusan (UKKP) telah bertindak selaku urus setia di dalam penyelarasan program tersebut. Program ini telah dihadiri seramai 200 orang yang terdiri dari penduduk kampung serta pelbagai agensi dan ia dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Perarakan YB. SUK Pulau Pinang ditemani oleh YBhg. Dato’ PBO serta wakil-wakil agensi menuju ke Dewan Serbaguna Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang 5) Mesyuarat JKPO SSPA MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL KERJA PEMBANGUNAN ORGANISASI Sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kerja Pembangunan Organisasi (JKPO) di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) telah mengadakan sembilan (9) siri Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kerja Pembangunan Organisasi pada tahun 2024 bagi tujuan penyelarasan dan penentuan hala tuju kajian yang dilaksanakan. Kajian di bawah JKPO dilaksanakan secara menyeluruh mengambil kira input daripada perkara-perkara yang diketengahkan dalam Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK), permohonan daripada Ketua Perkhidmatan serta isu-isu dan cadangan berkaitan skim perkhidmatan yang diutarakan oleh Pihak Berkuasa Melantik, Pengurus Sumber Manusia dan pegawai awam di Kementerian/ agensi melalui pelbagai medium perhubungan termasuk Laman Kajian SSPA. Sebanyak 36 kertas kerja telah dibentangkan pada mesyuarat ini yang menyumbang kepada inisiatif-inisiatif di bawah skop Pembangunan Organisasi iaitu: i. Penetapan Kelayakan Masuk Minimum dalam Perkhidmatan Awam; ii. Penjumudan dan Penggabungan Skim Perkhidmatan; iii. Penyeragaman dan Penggelaran Semula Gred Jawatan; iv. Pindaaan Syarat Lantikan ke Perkhidmatan Awam; v. Perluasan Kelayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasioanal (TVET) dalam Perkhidmatan Awam; dan vi. Penetapan Semula Ketua Perkhidmatan. 078 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy