Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
4) Laporan TeamBuilding di Taman Negara/ Program KELPO KURSUS PENINGKATAN KOMPETENSI DAN PENGUKUHAN PASUKAN BPO Kursus Peningkatan Kompetensi dan Pengukuhan Pasukan Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) Tahun 2024 telah diadakan pada 27 hingga 29 September 2024 di Xcape Resort, Taman Negara, Jerantut, Pahang. Tujuan utama kursus adalah untuk memacu kecemerlangan organisasi menerusi pengukuhan dan penekanan untuk bekerja sebagai satu pasukan serta memupuk semangat kerjasama dan hubungan kerja yang lebih harmoni. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan semasa program ini antara lainnya adalah aktiviti hiking di Bukit Terisek, Makan Malam KELPO dan aktiviti team building bersama warga BPO. Pada tahun 2024, KelabPerjawatan danOrganisasi (KELPO), Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti utama yang melibatkan penglibatan warga BPO. Aktiviti- aktiviti tersebut diadakan antara lainnya bagi mengeratkan kerjasama berpasukan warga serta menjaga kebajikan ahli. KEJOHANAN TENPIN BOWLING KELPO Kejohanan Tenpin Bowling KELPO telah diadakan pada 7 September 2024 (Sabtu) bertempat di Bangi Gateway. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Pauzan bin Ahmar, Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi (PBO) dengan penyertaan seramai 70 warga BPO. Kejohanan Tenpin Bowling ini dibahagikan mengikut tiga (3) kategori iaitu kategori Lelaki (Terbuka), Wanita (Terbuka) serta Berkumpulan. Pelbagai hadiah telah disediakan kepada para pemenang yang berjumlah keseluruhannya RM1,000.00. YBhg. Dato’ PBO selaku penaung KELPO telah merasmikan Kejohanan Tenpin Bowling KELPO yang telah diadakan pada 7 September 2024 Kejohanan Tenpin Bowling KELPO 2024 077 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy