Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

SESI LIBAT URUS DAN NAZIRAN PERMOHONAN PERJAWATAN SPRM Sesi libat urus dan naziran permohonan perjawatan SPRM telah diadakan sebanyak dua (2) kali iaitu pada 29 Februari 2024 dan 14 Oktober 2024 bertempat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Naziran dilaksanakan bagi mengenal pasti keperluan pertambahan perjawatan baharu dan pengukuhan perjawatan yang dimohon. SESI LIBAT URUS PERMOHONAN PENYUSUNAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI IKMa, KUSKOP Sesi libat urus permohonan penyusunan semula struktur organisasi IKMa, KUSKOP telah diadakan pada 20 hingga 21 Jun 2024 bertempat di Pejabat IKMa, Cawangan Tawau, Sabah. Tujuan libat urus adalah untuk menilai keperluan penyusunan semula struktur organisasi IKMa, KUSKOP selaras Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKoM). Libat urus turut turun ke lapangan bagi melihat dua (2) buah koperasi yang telah berjaya dibimbing oleh IKMa iaitu Koperasi Nasip Kita Tawau Sabah Berhad dan Koperasi Pelancongan North Borneo Semporna Berhad di mana ia dapat memberikan gambaran bagaimana koperasi-koperasi tersebut menyumbang ke arah peningkatan sosioekonomi anggota. 3) Sumbang Saran Tatacara Permohonan Perjawatan (1 Ogos) SESI LIBAT URUS BERHUBUNG PANDUAN TATACARA PERMOHONAN PERJAWATAN BERSAMA KEMENTERIAN PADA 1 OGOS 2024 Sesi Libat Urus Berhubung Panduan Tatacara Permohonan Perjawatan Bersama Kementerian telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Ogos 2024 (Khamis). Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan). Objektif sesi libat urus ini adalah untuk: i. mengukuhkan jalinan kerjasama antara JPA dan Pengurus Sumber Manusia di Kementerian; ii. mendapatkan pandangan dan input nilai tambah mengenai Panduan Tatacara Permohonan Perjawatan bagi Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah dibangunkan; dan iii. memastikan output daripada sesi libat urus ini dapat difahami dan dihayati oleh para Pengurus Sumber Manusia. Seramai 118 pegawai telah hadir ke sesi libat urus ini yang meliputi 71 pegawai dari Kementerian dan 47 pegawai wakil-wakil Sektor BPO. Sesi ini dilihat sebagai satu platform yang efektif untuk JPA mendapatkan input/ nilai tambah terhadap panduan yang sedang dibangunkan supaya panduan tersebut kelak boleh dijadikan sebagai rujukandanmemberi nilai tambahkepada Pengurus Sumber Manusia di Kementerian. 076 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy