Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA Pada 22 April 2024, BPO telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Akauntan Negara bagi membincangkan isu yang berbangkit rentetan pertukaran pelantikan penyandang ke skim perkhidmatan Penolong Akauntan Gred W29 berdasarkan pelaksanaanPekelilingPerkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016. MESYUARAT KERJA KAJIAN PENYERAGAMAN DAN PENGEMASKINIAN SYARAT LANTIKAN SKIM PERKHIDMATAN Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) telah mengadakan Mesyuarat Kerja Kajian Penyeragaman dan Pengemaskinian Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan di Hotel Cititel Penang pada 15 Mei hingga 17 Mei 2024. Mesyuarat kerja ini bertujuan untuk menyemak, mengemaskini dan menyeragam pindaan syarat lantikan, perubahan gaji permulaan, penetapan kelayakan minimum dalam perkhidmatan awam, penjumudan skim-skim perkhidmatan, peruntukan perbekalan Pengurusan Tertinggi dan penyeragaman dan penggelaran semula gred bagi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024. MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI DI BAWAH PELAKSANAANSISTEMSARAANPERKHIDMATAN AWAM Mesyuarat ini telah diadakan pada 20 November 2024di BilikGerakanSSPA, JabatanPerkhidmatan. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan permohonan PDRM terhadap penambahbaikan skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DI BAWAH PELAKSANAAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM Satu mesyuarat bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan PerdanaMenteri telahdiadakanpada16Disember 2024 di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan permohonan PDRM terhadap penambahbaikan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. 075 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy