Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
LAWATANKERJARASMI KE DEWANBAHASADAN PUSTAKA (DBP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Lawatan ini diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Pendidikan Malaysia pada 9 Mac 2024 dan dihadiri oleh enam (6) orang pegawai BPO bagi membincangkan mengenai perancangan dan hala tuju skim perkhidmatan Perancang Bahasa dan Penolong Perancang Bahasa. LAWATAN KERJA KE AGENSI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) BPO telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Islam Malaysia pada 31 Januari 2024. Lawatan kerja ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan perancangan dan hala tuju skim perkhidmatan Pustakawan, Penolong Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Pemuliharaan. LAWATAN KERJA KE AGENSI BAWAH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA (KPN) Seramai 13 orang pegawai Bahagian Perjawatan dan Organisasi telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia pada 8 Februari 2024. Tujuan lawatan kerja ini untuk membincangkan perancangan dan hala tuju skim perkhidmatan Pustakawan, Penolong Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Pemuliharaan. MESYUARAT KERJA PELAKSANAAN KELAYAKAN MASUK MINIMUM KE PERKHIDMATAN AWAM Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) telah mengadakan Mesyuarat Kerja Pelaksanaan Kelayakan Masuk Minimum Ke Perkhidmatan Awam pada 28 Februari 2024 di AC Hotel Marriott, Kuantan. Mesyuarat kerja ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input-input dalam penyediaan kaedah pelaksanaan inisiatif Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini. 074 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy