Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

LAWATAN KERJA RASMI KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM), KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM Lawatankerja yangdianggotai olehenam(6) orang pegawai BPO ke Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah diadakan pada 9 Januari 2024. Lawatan kerja ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai perancangan dan hala tuju skim perkhidmatan Jurugeospatial. PELAKSANAAN AUDIT PERJAWATAN DAN ORGANISASI (APO) TAHUN 2024 Audit Perjawatan dan Organisasi (APO) adalah merupakan aktiviti pemeriksaan, penilaian dan pemantauan ke atas pematuhan terhadap prinsip perjawatan, perskiman dan struktur organisasi yang telah diluluskan semasa penubuhan atau kelulusan perubahan bergantung kepada permohonan perjawatan, keperluan terkini dan arahan semasa Kerajaan ke atas sesebuah organisasi. Bagi tahun 2024, sebanyak enam (6) agensi yang terlibat dengan APO iaitu seperti berikut: i. I nstitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPM); ii. J abatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES); iii. U nit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM); iv. J abatanMuziumMalaysia (JMM), Kementerian Perpaduan Negara (KPN); v. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN); dan vi. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) KDN. Pelaksanaan ini merangkumi dua (2) siri iaitu Siri 1 (bulan Mac hingga Jun 2024) dan Siri 2 (bulan Julai hingga November 2024). Pelaksanaan APO Siri 1 (Mac hingga Jun 2024) melibatkan empat (4) agensi iaitu MARDI, JAS, ICU JPM dan JMM. Penemuan audit telah dilaporkan dalam Jawatankuasa Kerja Perjawatan dan Organisasi (JKKPO) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Pemantauan secara berterusan dilaksanakan setiap enam (6) bulan bagi memastikan setiap teguran audit diambil tindakan oleh agensi dan pihak yang berkaitan. Pelaksanaan APO Siri 2 (Julai hingga November 2024) melibatkan dua (2) agensi iaitu APMM dan JIM. Penemuan audit telah dilaporkan kepada Pengurusan Tertinggi JPA. Pemantauan ke atas teguran audit ini masih dijalankan bagi memastikan tindakan susulan diambil. Secara keseluruhannya penemuan APO yang dilaporkan adalah mengenai penempatan secara pentadbiran, penulisan waran yang tidak teratur, penulisan Deskripsi Tugas yang tidak tepat dan isu-isu yang berkaitan dengan pengisian perjawatan. Pelaksanaan APO di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Pelaksanaan APO di Jabatan Alam Sekitar (JAS) 073 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy