Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Bengkel Pelaksanaan Rasionalisasi Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (Sektor Ekonomi) pada 23 hingga 25 September 2024 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim Selain itu, pelaksanaan rasionalisasi ke atas Pejabat-pejabat Wakil Agensi Kerajaan di luar negeri di bawah Sektor Pendidikan juga telah dimulakan pada akhir tahun 2024 yangmelibatkan Pejabat Education Malaysia (EM, JPT), Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL, JPA) dan Pejabat MARA Luar Negeri (PMLN, MARA). Mesyuarat Kick-Off bagi pelaksanaan rasionalisasi bagi Sektor Pendidikan telah diadakan pada 21 Oktober 2024 yang dihadiri KLN dan agensi-agensi yang berkaitan. Satu bengkel juga telah diadakan pada 13 hingga 15 November 2024 di Hotel Bangi Resort bagi membincangkan pelaksanaan rasionalisasi dengan lebih terperinci. Secara amnya, pelaksanaan rasionalisasi ini akan memfokuskan kepada pertindihan fungsi, penstrukturan semula agensi, perpindahan lokasi pejabat dan penjimatan sumber. Kertas mengenai kaedah pelaksanaan rasionalisasi dalam sektor pendidikan ini dijangka akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) dalam suku tahun pertama 2025. BUAL BICARA: PENGURUSAN PERJAWATAN PASCA SSPA DALAM PROGRAM PERSIDANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (HRMC) PADA 6 NOVEMBER 2024 Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) yang bertemakan “Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi” yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) telah diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 6 November 2024 (Rabu). Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) telah turut serta dalam pengisian program “Bicara Perkhidmatan Awam” bersempena persidangan tersebut dengan melaksanakan sesi bual bicara berkaitan Pembangunan Organisasi yang bertajuk “Pengurusan Perjawatan Pasca SSPA” bersama panel iaitu Puan Marliza binti Hj. Lijong, Timbalan Pengarah, BPO. Sesi bual bicara tersebut telah berlangsung mulai jam 2.30 hingga 5.00 petang dan telah dihadiri oleh seramai 196 Pengurus Sumber Manusia daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi. Intipati perkongsian dalam sesi bual bicara tersebut merangkumi perkara-perkara berikut: i. D efinisi dan prinsip pembentukan Deskripsi Tugas (JD); ii. C ontoh perubahan kepada JD Skim Perkhidmatan Pembantu Khidmat Am; iii. Situasi pelaksanaan JD berdasarkan pemilihan opsyen SSPA penyandang dan skim perkhidmatan yang dijumudkan; iv. T akrifan dan peranan Ketua Perkhidmatan; dan v. Penentuan Ketua Perkhidmatan bagi pelbagai situasi. Sesi ini dilihat sebagai satu platform yang efektif untuk BPO berkongsi input bersama Pengurus Sumber Manusia di Kementerian, Jabatan dan Agensi mengenai pengurusan perjawatan susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) supaya tatakelola berkaitan Pembangunan Organisasi dapat dilaksanakan dengan teratur. Bengkel Pelaksanaan Rasionalisasi Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (Sektor Pendidikan) pada 13 hingga 15 November 2024 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Pauzan bin Ahmar 072 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy