Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

BAHAGIAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI PENGENALAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) berperanan untuk memastikan agensi sektor awam mempunyai skim perkhidmatan yang sesuai serta struktur organisasi yang cekap dan berkesan bagi membolehkan organisasi melaksanakan objektif penubuhannya. 1. L aporan Jawatankuasa Kerja Perjawatan dan Organisasi (JKKPO) dan Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) Sehingga 31 Disember 2024, BPO telah melaksanakan 13 mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perjawatan dan Organisasi (JKKPO) dan 16 mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT). Mesyuarat JKTT Bilangan 14 Tahun 2024 yang telah diadakan pada 22 Oktober 2024 16 Ogos 2024, yang mengarahkan supaya semua pejabat di luar negara seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),PerbadananPembangunanPerdaganganLuar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) disatukan di bawah satu bumbungmulai 1 Januari 2025 bagi mengurangkan beban kewangan Kerajaan dan mengoptimumkan sumber di luar negeri. Susulan itu, rasionalisasi telah dijalankan ke atas Pejabat Wakil Agensi Kerajaan di luar negeri dalam Sektor Ekonomi melibatkan lima (5) Kementerian/ Jabatan iaitu MITI, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, MATRADE, MIDA dan Tourism Malaysia. Pelaksanaan rasionalisasi ini melibatkan perpindahan Pejabat-pejabat Wakil Agensi-Kerajaan di luar negeri ke Pejabat Canseri atau bergabung dalam satu bangunan pejabat di luar Pejabat Canseri. Mesyuarat Kick-Off Pelaksanaan Rasionalisasi Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (Sektor Ekonomi) telah diadakan pada 5 September 2024 bagi membincangkanhala tuju inisiatif rasionalisasi. Satu bengkelmengenai kaedahpelaksanaan rasionalisasi ini telah diadakan pada 23 hingga 25 September 2024 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) melibatkan semua agensi yang terlibat, Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar Negeri (KLN) selaku Urus Setia Bersama. Kertas mengenai kaedah pelaksanaan rasionalisasi ini telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bil. 4 Tahun 2024 bertarikh 3 Disember 2024 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, PerdanaMenteri Malaysia. 2. Laporan Sesi Libat Urus Agensi dan BPO PELAKSANAAN RASIONALISASI PEJABAT PERWAKILAN DAN PEJABAT WAKIL AGENSI KERAJAAN MALAYSIA DI LUAR NEGERI Rasionalisasi ke atas Pejabat Perwakilan dan Pejabat Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri dilaksanakan susulan arahan YAB Perdana Menteri dalam ucapan di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 bertarikh Mesyuarat Kick-Off Pelaksanaan Rasionalisasi Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (Sektor Ekonomi) pada 5 September 2024 071 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy