Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Sesi Klinik Bersama Peserta Persidangan Pengurusan Tatatertib Badan Berkanun Persekutuan Sesi Klinik Bersama Peserta Persidangan Pengurusan Tatatertib Badan Berkanun Persekutuan E. MESYUARAT URUSAN PERKHIDMATAN BERSAMA PENGURUS SUMBER MANUSIA TAHUN 2024 1. M ESYUARAT URUSAN PERKHIDMATAN BERSAMA PENGURUS SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN / JABATAN TAHUN 2024 Mesyuarat Urusan Perkhidmatan bersama Pengurus Sumber Manusia (PSM) Kementerian/ Jabatan Tahun 2024 telah diadakan pada 18 Mac 2024 di Kompleks C, JPA. Mesyuarat ini merupakan platform bagi pihak Bahagian Perkhidmatan dan PSM Kementerian/ Jabatan untuk membincangkan isu-isu berbangkit dalam pelaksanaan urusan perkhidmatan pegawai, selain memastikan penyelarasan yang lebih efektif serta penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan urusan-urusan dasar dan operasi berkaitan perkhidmatan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang pegawai yang mewakili 28 Kementerian/Jabatan, mencerminkan komitmen tinggi pihak PSM Kementerian/ Jabatan dalam memperkukuh keberkesanan pengurusan perkhidmatan agensi masing-masing. Sesi Bergambar Bersama Pengurus Sumber Manusia Kementerian/ Jabatan Sesi Perbincangan Isu-isu Berbangkit berkaitan Urusan Perkhidmatan Awam bersama Pengurus Sumber Manusia dari pelbagai Kementerian/ Jabatan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Perkhidmatan Awam Sesi Pencerahan Isu-isu Berbangkit berkaitan Urusan Perkhidmatan Awam oleh Puan Masni Afiza binti Mohamed, Timbalan Pengarah (Dasar Keutuhan dan Tatatertib), Bahagian Perkhidmatan 069 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy