Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Persidangan Pengurusan Tatatertib Bersama Pegawai Awam Persekutuan Negeri Sabah Dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Azhan Mohd Noh, Timbalan Pengarah Kanan, Unit Khas Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas, Bahagian Perkhidmatan Para Peserta Persidangan Pengurusan Tatatertib Bersama Pegawai Awam Persekutuan Negeri Sabah D. PELAKSANAAN PERSIDANGAN PENGURUSAN TATATERTIB BERSAMA KEMENTERIAN/ JABATAN/ AGENSI 1. P ERSIDANGAN PENGURUSAN TATATERTIB BERSAMA PEGAWAI AWAM PERSEKUTUAN NEGERI SABAH Persidangan Pengurusan Tatatertib Bersama Pegawai Awam Persekutuan Negeri Sabah telah diadakan pada 30 April 2024 di Kota Kinabalu, Sabah. Persidangan ini merupakan platform kepada Ketua Unit Integriti dan Pegawai Sumber Manusia untuk berbincang terus dengan wakil JPA berkenaan pengurusan tatatertib agar pengurusan tatatertib ke atas anggota perkhidmatan awam persekutuan menjadi lebih cekap dan efisien padamasa akan datang. Lebih 170 orang peserta telahmenyertai persidangan tersebut. 2. P ERSIDANGAN PENGURUSAN TATATERTIB BERSAMA BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN Persidangan Pengurusan Tatatertib Bersama Badan Berkanun Persekutuan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Badurunhisam bin Mohd Nor, Pengarah Bahagian Perkhidmatan pada 27 Ogos 2024 di Melaka. Persidangan ini diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan tatatertib agensi supaya pelaksanaannya lebih cekap dan teratur selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri yang sering menekankan kepentingan tatakelola dalam pentadbiran Kerajaan. Lebih 180 orang peserta telah menyertai persidangan tersebut. Persidangan Pengurusan Tatatertib Bersama Badan Berkanun Persekutuan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Badurunhisam Mohd Nor, Pengarah Bahagian Perkhidmatan 068 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy