Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Seiring dengan usaha untuk menjayakan reformasi perkhidmatan awam, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) ingin mengajak semua Pegawai Awam di seluruh negara untuk menghayati sedalam-dalamnya nilai M.A.L.A.Y.S.I.A. Nilai M.A.L.A.Y.S.I.A. adalah rumusan akronim kepada butiran berikut; Nilai M.A.L.A.Y.S.I.A. ini akan dapat memacu usaha pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam yang tuntas. M A L A Y S I A Mesra Adil Luhur Amanah Yakin Setia Islah Arif Kita mestilah bersopan santun dan empati dalam memberikan perkhidmatan. Dalam menyampaikan perkhidmatan, kita hendaklah meletakkan sesuatu itu pada haknya. Kita hendaklah memuliakan perkhidmatan dengan komited dalam pekerjaan. Tugas yang digalas hendaklah bersandarkan pada sikap jujur dan ikhlas. Kita perlu percaya dengan kebolehan diri sendiri serta semangat berorganisasi. Berpegang teguhlah pada prinsip taat dan setia seperti yang tercatat dalam Rukun Negara dan Perlembagaan. Sentiasa melakukan pembaharuan serta penambahbaikan sedaya upaya. Dalam setiap tindakan dan keputusan yang diambil, laksanakan secara bijaksana dengan ilmu, pengetahuan dan juga kemahiran. 005 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy