Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Sesi Forum “Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi” Sesi Bicara Perkhidmatan Awam Sesi Bergambar bersama Pengurus Sumber Manusia dan Peserta Persidangan dari pelbagai Kementerian/ Jabatan C. SESI TAKLIMAT BERHUBUNG SURAT EDARAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI URUSAN PERKHIDMATAN SELARAS DENGAN PELAKSANAANSISTEMSARAANPERKHIDMATAN AWAM Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan sebanyak 17 Surat Edaran berkaitan urusan perkhidmatan. Sebagai usaha untuk memberi kefahaman yang jelas dan memperkemaskan lagi urusan-urusan perkhidmatan di Kementerian/ Jabatan, satu sesi taklimat kepada Pengurus Sumber Manusia Kementerian/ Jabatan telah diadakan pada 18 Disember 2024 (Rabu) di Bilik Gerakan Kajian SSPA, Blok C1. Sesi taklimat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Badurunhisam bin Mohd Nor, Pengarah Bahagian Perkhidmatan ini melibatkan 128 orang pegawai daripada pelbagai Kementerian/ Jabatan. Sesi Taklimat Dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Badurunhisam Mohd Nor, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sesi Penerangan Surat Edaran oleh Puan Amy Lisa binti Bajuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan 067 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy