Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Melengkapi peranan selaku Urus Setia Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat, Bahagian Perkhidmatan (BK) terus komited dalam memastikan Perkhidmatan Awam diperkasa dengan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing. Sepanjang tahun 2024, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menggubal serta melaksanakan dasar perkhidmatan dan pengurusan bakat yang lebih strategik serta berkesan. Usaha ini bertujuan untukmemperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui pembangunan modal insan yang cemerlang, selaras dengan keperluan semasa dan kalis masa hadapan. Antara persidangan, mesyuarat kerja dan sesi taklimat utama yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024 adalah seperti berikut: B. PERSIDANGAN PENGURUSAN SUMBERMANUSIA SEKTOR AWAM TAHUN 2024 Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya pada 6November 2024 di Hotel Marriott, Putrajaya. Persidangan yang bertemakan ‘Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi’ ini telah dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA dengan kerjasama bahagian-bahagian di JPA. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), TKPPA(P). Pada persidangan ini juga telah diadakan pelancaran Pelan Pembangunan Profesional Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang merupakan satu garis panduan berstruktur bagi Pengurus Sumber Manusia setiap Kementerian/ Jabatan dan pegawai PTD khususnya. Pada persidangan ini, sebuah sesi Forum dengan tajuk “Memacu Budaya Kerja Berprestasi Tinggi” telah diadakan bersama panel terkemuka dalam bidang pengurusan sumber manusia dalam industri dan juga perkhidmatan awam beserta moderator terkenal seperti berikut: i. Y Bhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, TKPPA(P), JPA; ii. Y Bhg. Dato’ Mohd Khalis Abdul Rahim, Group Chief Human Capital Officer, Malaysian Aviation Group (MAG); iii. Y Bhg. Datuk (Dr) Nora Manaf, Former Group Chief Human Capital Officer, Maybank; dan iv. T uan SayedMunawar SayedMustar, Advokator Kandungan dan Pemuka Media Nasional. Pada sebelah petang, sesi Bicara Perkhidmatan Awam telah diadakan secara selari di empat (4) buah dewan dengan tajuk-tajuk seperti berikut: i. B icara 1: “Ganjaran Berteraskan Kompetensi: Bersediakah Anda?” oleh Bahagian Perkhidmatan dan “Urusan dan Isu-isu Semasa Persaraan” oleh Bahagian Pencen; ii. B icara 2: “Ketersediaan Masa Hadapan Perkhidmatan Awam – Tatakelola Pengurusan Saraan” oleh Bahagian Gaji dan Elaun; iii. B icara3: “PengurusanPerjawatanPascaSSPA” oleh Bahagian Perjawatan dan Organisasi; dan iv. B icara 4: “Kemudahan Latihan Dalam Perkhidmatan” oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan dan “Kesejahteraan Teras Modal Insan Produktif” oleh Bahagian Pengurusan Psikologi. Persidangan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran hampir 1,000 orang pegawai serta Pengurusan Tertinggi daripada seluruh Kementerian/Agensi dan SUK Negeri. Ucaptama dan Perasmian Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2024 oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Pelancaran Pelan Pembangunan Profesional Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 066 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy