Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PENGENALAN Bahagian Perkhidmatan, JPA bertanggungjawab dalam pengurusan perkhidmatan sumber manusia sektor awam, termasuk pelantikan, penempatan, pemindahan, kenaikan pangkat, dan persaraan pegawai awam. Ia juga memastikan pematuhan kepada peraturan dan dasar perkhidmatan, selain mengendalikan hal ehwal perjawatan bagi menjamin kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Pencapaian bahagian pada tahun 2024 adalah seperti berikut: BILANGAN TARIKH JUMLAH PEGAWAI DILULUSKAN KENAIKAN PANGKAT/ PEMANGKUAN/ LAIN-LAIN LKPPA LKPPP 1/2024 8/2/2024 6,013 23,613 2/2024 30/4/2024 2,554 10,223 3/2024 10/7/2024 3,665 14,358 4/2024 9/10/2024 6,797 1,281 JUMLAH 19,029 48,238 Susulan LKKPA dan LKPPP yang berlangsung sepanjang tahun 2024, empat (4) sesi Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)/ Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kepada Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam telah diadakan. Penganjuran majlis ini adalah sebagai satu mekanisme untuk YBhg. Tan Sri KSN/ KPPA menyampaikan amanat kepada pegawai-pegawai JUSA/ Gred Khas yang telah diluluskan kenaikan pangkat dan pemangkuan. Secara keseluruhannya seramai 466 orang Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam telah menghadiri majlis penyerahan ini dengan pecahan seperti berikut: BIL. SESI/ TARIKH JUMLAH PENERIMA 1. Sesi 1: 21 Februari 2024 93 2. Sesi 2: 16 Mei 2024 92 3. Sesi 3: 25 Julai 2024 108 4. Sesi 4: 24 Oktober 2024 173 19,029 JUMLAH PEGAWAI LULUS (LKPPA) 466 JUMLAH PENERIMA 48,238 JUMLAH PEGAWAI LULUS (LKPPP) A. MESYUARAT LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT PERKHIDMATAN AWAM DAN PENDIDIKAN Pada tahun 2024, Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) dan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah mempertimbangkan kelulusan kenaikan pangkat dan pemangkuan seramai 19,029 orang pegawai dalam LKPPA dan 48,238 orang pegawai dalam LKPPP seperti berikut: 064 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy