Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Sesi penutup Kursus Pengurusan Inap Desa Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang di bawah Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Perkhidmatan Awam. Program ini bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab pengusaha agar lebih bersungguh-sungguh dalam memberikan perkhidmatan, melahirkan pengusaha inap desa yang lebih berdaya maju dan kompetitif, memberi panduan kepada pengusaha dalammeningkatkan kualiti perkhidmatan serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta kursus dalam pengurusan inap desa dalam perniagaan. Program telah berjaya dilaksanakan pada 20 hingga 21 Ogos 2024 di Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang melibatkan 30 orang peserta. Antara tujuan permohonan data yang telah diluluskan adalah untuk menganalisis kadar kematian pesara, insurans sosial, penerimaan teknologi dan kesejahteraan pekerja. Data juga diperlukan bagi penyediaan kertas cadangan, penyelidikan pascasiswazah, pembangunan aplikasi dan pelaporan kepada pihak berkepentingan. Selain itu, data yang dimohon turut dimanfaatkan untuk melaksanakan integrasi Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan menyokong pelbagai program seperti Putrajaya Sihat Sejahtera dan MyDigital ID. Data-data ini juga turut digunakan dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan dasar dan inisiatif sektor awam melalui maklumat yang sahih dan komprehensif. I. PERKONGSIAN DATA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyokong hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berteraskan data iaitu menggunakan data untuk membuat keputusan. Keputusan berteraskan data (data- driven decision making) dapat melonjakkan inovasi berpacukan data bagi memantapkan pelaksanaan penyampaian perkhidmatan ke arah merealisasikan perkhidmatan digital sektor awam yang bersepadu, inklusif, terangkum dan selamat. Pada tahun 2024, sebanyak empat (4) Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Perkongsian Data telah dilaksanakan dan tujuh (7) minit bebas telah diangkat bagi mempertimbangkan 63 permohonan data yang diterima, termasuk data secara one-off ataupun integrasi. Pertimbangan kelulusan adalah berdasarkan kepada skop perkongsian data yang dijelaskan di dalam Garis Panduan Perkongsian Data JPA dan data-data yang dikongsikan adalah merangkumi data- data berkaitan fungsi JPA. Permohonan data yang telah diterima dari tahun 2022 hingga 2024 adalah seperti berikut: Jadual 24: Permohonan Data Yang Telah Diterima Dari Tahun 2022 - 2024 TAHUN AWAM SWASTA PENYELIDIK JUMLAH 2022 45 4 21 70 2023 51 1 21 73 2024 42 1 20 63 063 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy