Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

G. SESI LIBAT URUS BAGI PENYEDIAAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BILANGAN 1 TAHUN 2025: PEMANTAPAN PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN Selaras dengan Amanat YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 10 September 2024, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) telah diamanahkan untuk memantapkan pengurusan perhubungan pelanggan di bawah Strategi 3, Bidang Keberhasilan Reformasi Keempat iaitu ‘Penyampaian Perkhidmatan’. Sehubungan itu, BPPD telah menyediakan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2025: Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Dalam penghasilan PKPA Bilangan 1 Tahun 2025, beberapa siri sesi libat urus telah diadakan iaitu bersama Agensi Barisan Hadapan (ABH), Kementerian dan Agensi serta bahagian- bahagian di JPA mulai Oktober sehingga Disember 2024. Perakuan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPA Bil. 7 Tahun 2024 telah diperolehi pada 21 November 2024 ke atas draf PKPA Bilangan 1 Tahun 2025: Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. PKPA Bilangan 1 Tahun 2025 ini dijangka untuk berkuatkuasa mulai Januari 2025. Rajah 2: Naziran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pembentangan Draf Awal PKPA Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam kepada PBPPD pada 25 Oktober 2024 H. KURSUS PENGURUSAN INAP DESA INISIATIF KAMPUNG ANGKAT MADANI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM YAB Perdana Menteri melalui Ucapan Belanjawan 2024 telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan memperkenalkan Program Kampung Angkat MADANI yang memberi tumpuan untuk melengkapkan kemudahan asas termasuk internet di kawasan desa yang terpinggir. Selaras itu, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Inap Desa dengan mensasarkan penyertaan dalam kalangan pengusaha inap desa 062 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy