Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Bagi maksud tersebut, sepanjang pelaksanaan penilaian DEEP bagi Tahun 2024, beberapa sesi libat urus telah diadakan bersama-sama dengan Pegawai Penyelaras Kementerian serta wakil Agensi Sumber iaitu Kementerian Kewangan (MOF), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Ekonomi (KE) dan Jabatan Akauntan Negara (JANM), mulai Mac sehingga Oktober 2024. Laporan penilaian DEEP secara rintis tahun 2024 ini telah dibentangkan kepada YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 5 Disember 2024 untuk mendapat persetujuan awal sebelum dikemukakan kepada YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN). Pada 11 Disember 2024, Laporan Pelaksanaan Penilaian DEEP Tahun 2024 (rintis) terhadap tiga belas (13) KSU telah dibentangkan dan dipersetujui oleh YBhg. Tan Sri KSN. Berdasarkan hasil pembentangan tersebut, YBhg. Tan Sri telah bersetuju supaya Penilaian DEEP ini dilaksanakan sepenuhnya terhadap semua Ketua Setiausaha Kementerian pada tahun 2025. Adalah diharapkan, melalui penilaian DEEP ini, sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam akan dapat dipertingkatkan sekaligus memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan dan rakyat secara keseluruhannya. Ia juga selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri berkenaan integriti dan tata kelola yang baik sebagai tonggak kepada sebuah Kerajaan Malaysia MADANI yang berkesan dan bertanggungjawab. Sesi Pembentangan kepada YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (11 Disember 2024) Sesi Penyampaian Cenderahati kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak semasa Naziran di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak pada 16 Oktober 2024 F. PENGURUSAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PENJAWAT PENGURUSAN TERTINGGI PERKHIDMATAN AWAM (PPTPA) Sepanjang tahun 2024, beberapa program telah berjaya dilaksanakan dalam usaha pengukuhan pengurusan KPI PPTPA supaya pelaksanaan urusan penilaian prestasi berdasarkan KPI berjalan lancar dan teratur di Kementerian dan Jabatan. Program-program yang telah dilaksanakan merangkumi Naziran KPI, Mesyuarat Kerja Penambahbaikan Garis Panduan Pengurusan Prestasi Berdasarkan KPI Bagi PPTPA, Mesyuarat Kerja Pemantapan dan Pembangunan Petunjuk Prestasi Utama KPI PPTPA bagi Tahun 2025 dan Bengkel Train- The-Trainer sistem MyKPI V2.0. Ringkasan pelaksanaan keempat-empat program tersebut adalah seperti berikut: 061 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy