Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
38 Inisiatif yang Dijajarkan Mengikut Tempoh Pelaksanaan Sehingga 31 Disember 2024, sebanyak 17 inisiatif di bawah kategori Quick Win telah berjaya diselesaikan. Antara contoh inisiatif adalah seperti berikut: 1. Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2. Garis Panduan Pandu Citra dan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam 3. Garis Panduan Persaraan Pilihan 4. Kajian Penambahbaikan Model Penajaan JPA 5. Robotic Process Automation (RPA) bagi Proses Bayaran dan Terimaan berkaitan Penajaan oleh JPA 6. Program Persediaan Potensi (PREP) 7. Penurunan Kuasa bagi Kelulusan Cuti Sakit 90 hari kedua, Cuti Separuh Gaji, Cuti Tibi Kusta dan Barah, Cuti Sakit Lanjutan daripada Ketua Setiausaha kepada Ketua Jabatan melalui Pindaan SPP 5/1985 8. Penambahbaikan Pekeliling PP Bil 1 Tahun 1999: Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling di Agensi Awam Pelaksanaan inisiatif ini akan diteruskan bagi jangka masa sederhana (sehingga tahun 2026) dan jangka masa panjang (sehingga tahun 2027). E. PELAKSANAAN PENILAIAN DEMERIT PERFORMANCE EVALUATION (DEEP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan penilaian Demerit Performance Evaluation (DEEP) secara rintis pada tahun 2024 terhadap Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan. Penilaian DEEP merupakan satu kaedah kawalan strategik secara holistik dalam memastikan prestasi Ketua Jabatan dan pemimpin perkhidmatan awam sentiasa berada di tahap yang terbaik. Berbanding kaedah pengukuran konvensional yang hanya mengukur prestasi dalam tempoh setahun penilaian, DEEP bersifat lebih objektif dengan mengukur prestasi sebenar Ketua Jabatan secara bulanan berdasarkan keupayaan kepimpinan mereka dan kepatuhan kepada tatakelola baik dan integriti. DEEP bersifat progresif dan adil kerana pemberian mata penilaian bermula dengan 100% pada awal tahun penilaian bagi semua Ketua Jabatan, dan bukannya pada saat-saat akhir penilaian. DEEP juga lebih fleksibel kerana penilaian Ketua Jabatan adalah mengikut penempatan semasa dan mengukur prestasi sebenar secara bulanan dan real-time berdasarkan kepimpinan dan integriti. Walaupun markah demerit dikenakan bagi kegagalan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan, DEEP turut memperkenalkan markah remerit bagi setiap penambahbaikan dan kepatuhan tatakelola yang dilaksanakan sebagai langkah mitigasi atau kawalan kepada kegagalan tersebut. Penilaian DEEP dibahagikan kepada dua komponen utama, Demerit dan Remerit, berdasarkan tiga (3) dimensi prestasi iaitu Generik (wajaran: 75%), Fungsional (wajaran: 15%) dan Tinjauan (wajaran: 10%). Bagi Dimensi Prestasi Generik, penilaian prestasi ini memberi fokus kepada tujuh (7) indikator iaitu: i. Peratus Perbelanjaan Mengurus Sebenar Bulanan Berbanding Perancangan Perbelanjaan Mengurus (OE); ii. Peratus Perbelanjaan Pembangunan Sebenar Bulanan Berbanding Perancangan Perbelanjaan Pembangunan (DE); iii. Peratus Projek Pra Pelaksanaan; iv. Peratus Projek Sakit; v. Peratus Projek Lewat Jadual; vi. Pelaporan Kes Salah Laku; dan vii. Pelaksanaan Pusingan Kerja. Bagi Dimensi Prestasi Fungsional pula, penilaian prestasi ini memberi fokus kepada tiga (3) program/projek utama dan berimpak tinggi kepada rakyat. Manakala bagi Dimensi Prestasi Tinjauan penilaian prestasi akan memberi fokus kepada soal selidik pandanganwarga sebagai responden. Penilaian DEEP Tahun 2024 telah dilaksanakan secara rintis yang melibatkan 13 Kementerian terpilih bagi menilai prestasi Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), untuk tempoh Januari hingga September 2024. 060 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy