Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
D. PELAKSANAAN INISIATIF BAHARU SISTEM PENYAMPAIAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) Antara cabaran utama pengurusan organisasi adalah untuk menterjemahkan hala tuju strategik organisasi dalam bentuk tindakan. Oleh itu, JPA perlu dinamik dan sentiasa memenuhi keperluan peredaran zaman. Segala inisiatif dan proses kerja sedia ada perlu diteliti dan program/ peraturan yang lapuk dijenamakan semula berdasarkan analisis keperluan masa kini. YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam ucapan Amanat Tahun 2024 pada 21 Februari 2024 telah mengarahkan INTAN/ Bahagian/ Unit di JPA untuk mengambil tindakan merangka dan mencadangkan inisiatif-inisiatif baharu bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan JPA. Dalam hal ini, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) dipertanggungjawabkan bagi penyelarasan tindakan ini. YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam semasa menyampaikan Amanat Tahun 2024 Sesi Focus Group Pasukan Penyelaras Pelaksanaan Inisiatif Baharu Sistem Penyampaian JPA Rajah 1: Status Pelaksanaan Inisiatif Mengikut Tempoh Berdasarkan semakan dan penyelarasan semula, Pasukan Penyelaras telah mengenal pasti sebanyak 38 inisiatif untuk pelaksanaanmengikut INTAN/ Bahagian/ Unit yang dijajarkan kepada lima (5) nilai H.E.M.A.T. sebagai nilai pegangan dan panduan agar inisiatif-inisiatif yang dijalankan dapat sampai secara cepat dan dapat dirasai bersama oleh pegawai awam. Sehingga 31 Disember 2024, status pelaksanaan inisiatif mengikut tempoh adalah seperti berikut: 059 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy