Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

C. 2024 MPM-OECD ASIA PUBLIC SERVICE NETWORK: THE FUTURE OF THE PUBLIC SERVICE: MANAGING PEOPLE TO TRANSFORM GOVERNMENT Mesyuarat yang bertemakan ‘The Future of the Public Service: Managing People to Transform Government’ merupakan mesyuarat kedua di bawah Asia Public Service Network yang dikelolakan secara bersama oleh Ministry of Personnel Management (MPM), Republik Korea serta Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada 20 November 2024 di Seoul, Republik Korea. Mesyuarat ini ditubuhkan sebagai satu medium untuk menghubungkan OECD dengan negara-negara di rantau Asia dan menghimpunkan pegawai-pegawai kanan Kerajaan untuk membincangkan peluang-peluang kerjasama dalam membentuk masa hadapan perkhidmatan awam Asia. YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) telah mengetuai delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam yang mewakili Malaysia dalam mesyuarat ini. Pegawai-pegawai JPA yang turut terlibat dalam mesyuarat ini ialah Puan Suriawati binti Awang, Puan Maisarah binti Muhammad Rais dan Puan Liyana Jalwati binti Alias. Malaysia telah dijemput oleh pihak Sekretariat MPM dan OECD bagi pembentangan kertas berhubung ‘Building a Culture of Performance and Impact in the Public Service’ dan kertas telah dibentangkan oleh Puan Maisarah binti Muhammad Rais daripada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, JPA. Pegawai-pegawai kanan Kerajaan di Majlis Pembukaan 2024 MPM-OECD Asia Public Service Network Ahli Delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam bersama Mr. Jon Blondal (OECD), Mr. Daniel Gerson (OECD) dan Mr. Yeo Seung Ju (MPM) Pembentangan Kertas ‘Building a Culture of Performance and Impact in the Public Service’ oleh Puan Maisarah binti Muhammad Rais dalam Sesi Meja Bulat (2024 MPM-OECD Asia Public Service Network Meeting) YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) bersama Mr. Yeo Seung Ju, Ketua Pengarah daripada Ministry of Personnel Management (MPM), Republik Korea semasa pertukaran cenderahati 058 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy