Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Majlis Penutup Disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam B. MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN REPUBLIK INDIA MENGENAI KERJASAMA DALAM BIDANG PENTADBIRAN AWAM DAN PEMBAHARUAN TADBIR URUS YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah menyertai delegasi YAB Perdana Menteri dalam Lawatan Rasmi ke Republik India pada 19 hingga 21 Ogos 2024. Semasa lawatan, YBhg. Tan Sri KPPA telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik India mengenai Kerjasama dalam Bidang Pentadbiran Awam dan Pembaharuan Tadbir Urus. MoU tersebut merupakan kesinambungan kerjasama formal antara perkhidmatan awam Malaysia dan Republik India yang telah bermula sejak tahun 2001. Bagi melaksanakan hasrat MoU tersebut, sebanyak lapan (8) bidang kerjasama bilateral dicadangkan iaitu penyediaan platform digital, pemudahan dan perekayasaan proses Kerajaan melalui platform digital, penggalakan ketelusan dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam, pengurusan sumber manusia, pembangunan kepimpinan, pengurusan dan pembaharuan sektor awam, penyediaan mekanisme penyelesaian aduan awam, e-tadbir urus/ Kerajaan digital dan mana-mana bidang kerjasama yang akan diputuskan secara bersama. Majlis Menandatangani MoU telah Berlangsung pada 20 Ogos 2024 di New Delhi, Republik India 057 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy