Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERANCANGAN DAN DASAR PENGENALAN Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, JPA bertanggungjawab merangka, menganalisis, dan menilai dasar serta strategi bagi memperkukuh sistem pengurusan sumber manusia sektor awam. Ia menjalankan kajian, penyelidikan serta perancangan strategik untuk memastikan dasar yang digubal selaras dengan keperluan semasa dan hala tuju Kerajaan. Selain itu, bahagian ini juga mengawasi pelaksanaan dasar, menilai keberkesanannya, serta mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam. Pencapaian bahagian pada tahun 2024 adalah seperti berikut: A. ASEAN+3 WORKSHOP ON PUBLIC SECTOR REFORM Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan ASEAN+3 Workshop on Public Sector Reform pada 28 hingga 30 Mei 2024, sebagai salah satu komitmen Malaysia dalam ASEAN+3 Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM+3) Work Plan 2021-2025. Penganjuran programinimerupakansebuahprogramberbentuk pembangunan kapasiti ( capacity building programme ) bagi 30 orang pegawai Kerajaan dalam kalangan Negara Anggota ASEAN+3 dan Timor-Leste yang terlibat secara langsung dalam dasar nasional mengenai reformasi sektor awam. Matlamat utama penganjurannya adalah untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam inisiatif-inisiatif reformasi sektor awam. Agensi-agensi Kerajaan dan antarabangsa termasuk Kementerian Digital, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), World Bank Malaysia Hub dan Australian Public Service Commission (APSC) telah berkongsi inisiatif-inisiatif dan rangka tindakan strategik yang direncanakan bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan. Para peserta turut didedahkan kepada inisiatif yang dilaksanakan oleh sektor korporat melalui lawatan pembelajaran ke PETRONAS Kuala Lumpur. Para peserta melibatkan 30 orang pegawai Kerajaan di kalangan Negara Anggota ASEAN+3 dan Timor Leste 056 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy