Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) PENGENALAN Pada tahun 2024, INTAN telah meneruskan usaha dalam memantapkan latihan sektor awam menerusi kursus-kursus dan program-program yang dianjurkan bagi memenuhi keperluan semasa pegawai awam. Di samping itu, INTAN turut memperluaskan kerjasama dengan agensi Kerajaan, sektor swasta, dan institusi akademik tempatan dan antarabangsa bagi memastikan modul latihan yang disediakan adalah menyeluruh dan sejajar dengan perkembangan global. INTAN juga memperkenalkan platform pembelajaran digital dan pembelajaran berterusan untuk memudahkan pegawai awam mengikuti kursus pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Melalui pendekatan ini, pegawai awam bukan sahaja dapat meningkatkan tahap profesionalisme, tetapi juga bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan yang lebih kompleks. Antara pencapaian penting bagi tahun 2024 adalah seperti berikut: A. Pencapaian 1 INTAN telah melaksanakan sebanyak 1,607 sasaran kerja tahunan yang merangkumi kursus, bengkel, seminar, forum, syarahan, program khas, kolaboratif, konsultasi, penerbitan, penyediaan artikel, penyelidikan/kajian kes di samping penganjuran mesyuarat-mesyuarat utama sepanjang tahun 2024. B. Pencapaian 2 INTAN telah melakar tiga kemenangan pada Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri yang telah diadakan pada 30 Oktober 2024. INTAN yang diwakili oleh Kumpulan D’Lomp dari INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) telah mendapat Naib Johan (Kategori: Trek Keselamatan &Pentadbiran) danmembawa pulang hadiahwang tunai bernilai RM3,000.00 serta sijil. IKWAS juga telah memenangi tempat ketiga dalam kategori yang sama denganmembawa pulang hadiahwang tunai bernilai RM2,000.00 serta sijil yang diwakili olehKumpulan Insenses. Sementara itu, Kumpulan i-Glem INTAN Bukit Kiara turut memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Horizon Baharu KIK JPM 2024 (Kategori Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan) melalui Sistem e-Penilaian. 054 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy