Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

SESI PENANDAARASAN Salah satu usaha bagi mengukuhkan lagi Kajian SSPA ini adalah mengadakan lawatan penandaarasan ke beberapa buah negara. Objektif lawatan penanda aras adalah seperti berikut: 1. Meneroka kejayaan negara-negara ini dalam penstrukturan semula, menambah baik perkhidmatan Kerajaan, pendigitalan sektor awam, penggabungan institusi, penswastaan dan sebagainya serta langkah-langkah berkesan dalam pembaharuan perkhidmatan awam; 2. Meneliti penggubalan dan pelaksanaan dasar sumber manusia perkhidmatan awam; 3. Mempelajari struktur perkhidmatan organisasi sama ada di peringkat Persekutuan, negeri mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut mekanisme di negara-negara tersebut; 4. Meneliti klasifikasi perkhidmatan, skim perkhidmatan serta gred perjawatan yang berbeza di negara-negara tersebut; 5. Meneliti syarat dan kaedah pengambilan secara tetap atau kontrak dalam perkhidmatan awam; dan 6. Mengakses dokumen dasar yang berkaitan dengan gaji, elaun dan faedah, termasuk data statistik dan dokumen dasar lain yang berkaitan. Beberapa siri lawatan penandaarasan Kajian SSPA telah berjaya dilaksanakan seperti Jadual 23. Jadual 23: Siri Lawatan Penandaarasan Kajian SSPA BIL. NEGARA TARIKH 1. Brunei Darussalam 8 - 11 November 2023 2. Australia 28 - 30 November 2023 3. Singapura (dalam talian) 17 Januari 2024 4. New Zealand (dalam talian) 3 April 2024 5. Korea Selatan 20 - 24 Mei 2024 6. Perancis (dalam talian) 21 Mei 2024 7. United Kingdom 2 - 5 September Berdasarkan penelitian terhadap sesi penandaarasan yang telah dilaksanakan, setiap negara yang dipilih mempunyai potensi untuk dijadikan rujukan khususnya berhubung amalan terbaik yang boleh diadaptasi atau ditambah baik di dalam dasar sedia ada mahupun pembentukan dasar-dasar baru masa hadapan. Dalam hal ini, perbandingan dengan negara-negara yang disenaraikan dalam lawatan penandaarasan ini secara tidak langsung juga dilihat akan menyumbang kepada jalinan kerjasama dua hala yang lebih erat khususnya dalam pembentukan dan pembangunan modal insan masa hadapan menerusi program-program jangka panjang dan sederhana yang boleh diwujudkan bersama negara berkenaan. 046 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy