Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

PELAKSANAAN SSPA FASA 1 Pelaksanaan Kajian SSPA telah berjalan mengikut perancangan di mana kesemua dapatan kepada 16 cadangan inisiatif di bawah Fasa Quick Wins telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja (JKK) Kajian SSPA mengikut garis masa ditetapkan. Daripada jumlah tersebut, dua (2) inisiatif Kajian SSPA Fasa 1 iaitu Penambahbaikan Dasar dan Prosedur Tatatertib dan Penambahbaikan Dasar Latihan bagi Perkhidmatan Awam (DLSA) telah dipersetujui untuk kajian lanjut di dalam Fasa 2. Pecahan inisiatif SSPA Fasa 1 mengikut skop kajian Jawatankuasa Kerja adalah seperti di Jadual 22. Jadual 22: Inisiatif Kajian SSPA Fasa 1 Mengikut Skop SKOP KAJIAN INISIATIF PENAMBAHBAIKAN Pembangunan Organisasi 1. Pindaan kelayakan masuk minimum dalam perkhidmatan awam 2. Penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan/gred gaji 3. Penjumudan & penggabungan skim perkhidmatan 4. Pindaan syarat lantikan ke perkhidmatan awam 5. Perluasan kelayakan TVET dalam perkhidmatan awam 6. Semakan semula penetapan ketua perkhidmatan Kemampanan Saraan 1. Penyelarasan struktur gaji Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) 2. Semakan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) 3. Semakan pemberian elaun dalam perkhidmatan awam 4. Penambahbaikan fleksibiliti waktu bekerja 5. Penambahbaikan pemberian kemudahan Pengurusan Bakat 1. Penambahbaikan penilaian prestasi dan pengiktirafan 2. Penambahbaikan kemajuan kerjaya perkhidmatan awam 3. Penambahbaikan dasar dan prosedur tatatertib 4. Penambahbaikan dasar dan prosedur pengurusan pegawai berprestasi rendah 5. Pemantapan pembudayaan nilai perkhidmatan awam 045 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy