Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
PENGENALAN Setelahhampir21tahunanggotaperkhidmatanawam berada di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Ogos 2023 telah bersetuju agar SSM disemak semula menerusi Kajian SSPA. Kajian SSPA telah dilaksanakan bagi menangani cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh perkhidmatan awam melibatkan pendapatan boleh guna pegawai awam yang tidak seiring dengan peningkatan kos sara hidup semasa, keperluan peningkatan produktiviti perkhidmatan awam, beban tanggungan fiskal Kerajaan bagi pembayaran emolumen dan faedah persaraan pegawai awam yang meningkat, dan keperluan pemantapan pembudayaan nilai dan integriti pegawai awam. SSPA dirangka berlandaskan matlamat meningkatkan kecekapan agensi/ pegawai awam, mengoptimumkan kos pengurusan, meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam dan meningkatkan kesejahteraan pegawai awam. Justeru, dua (2) keberhasilan utama telah disasarkan di dalam SSPA. Keberhasilan utama yang pertama adalah pemantapan kesejahteraan dan produktiviti kerja pegawai awam. Peningkatan produktiviti dapat dilihat melalui output kerja yang lebih tinggi dan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada rakyat. Manakala keberhasilan utama kedua adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dengan mengoptimumkan sumber sedia ada seperti tenaga kerja, teknologi, dan kewangan dengan cara yang paling efektif dan efisien. Ini termasuk penambaikan proses-proses kerja dengan penggunaan teknologi bagi mengautomasi dan memudahkan prosedur, serta pengurangan pembaziran sumber. Kajian SSPA dilaksanakan berdasarkan tiga (3) skop utama iaitu Pembangunan Organisasi, Kemampanan Saraan dan Pengurusan Bakat. Sejumlah 30 inisiatif telah dikenal pasti dan dilaksanakan menerusi dua fasa. Fasa pertama iaitu Quick Wins (2023-2024) melibatkan 18 inisiatif. Manakala baki 12 inisiatif akan dilaksanakan di dalam fasa kedua, Fasa Jangka Sederhana (2024-2025). 044 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy