Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
v) Program Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya (e-Pelanggan) Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya (e-Pelanggan) merupakan salah satu inisiatif JPA dalammenambah baik penyampaian perkhidmatan menerusi komunikasi dua hala antara pelanggan bersama pegawai- pegawai JPA dengan memberi ruang kepada pelanggan untuk berkongsi pendapat, cadangan mahupun pertanyaan. Sesi ini telah dilaksanakan di dua (2) platform maya iaitu menerusi portal e-Pelanggan dan juga secara langsung di laman Facebook (FB Live) rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam. Medium di portal rasmi e-Pelanggan akan berfungsi seperti biasa di mana pelanggan akan disantuni oleh pegawai-pegawai yang bertugas di saluran masing-masing dengan berkonsepkan chatting . Sementara itu, medium di FB pula akan dilaksanakan secara langsung di mana pelanggan akan didedahkan dengan pelbagai informasi dalam bentuk soal jawab yang akan diterajui oleh seorang moderator dan dua orang panel (spokesperson) bagi berkongsi maklumat serta menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh penonton secara langsung ketika sesi berlangsung. Inisiatif ini dilaksanakan bermula dari sesi ke-empat (4) e-Pelanggan bagi menyahut seruan YBhg. Tan Sri KPPA menerusi lima (5) elemen H.E.M.A.T yang diketengahkan antaranya beliau mahu Pegawai Awam melaksanakan Hijrah Tatakelola secara kepekaan dengan tuntutan perubahan semasa, menjalankan tugas dengan rapi dan cekap dalam pelaksanaan tugas dan mengamalkan komunikasi secara efisien. Bagi tahun 2024, sebanyak tujuh (7) sesi e-Pelanggan telah dilaksanakan dengan pencapaian tahunan adalah seperti berikut: Graf 8: Statistik Pencapaian Sesi Sembang Dan FB Live e-Pelanggan Bagi Tahun 2024 Graph 8: Statistics of e-Pelanggan Chat and FB Live Session Achievements for the Year 2024 7,493 273,844 39,105 29,631 0 0 0 31,115 39,132 2,259 15,219 4,632 1,626 1,680 November September Ogos Julai Mei Mac Februari FB Live Portal e-Pelanggan Sumber : Unit Komunikasi Korporat 041 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy