Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Penasihat Undang-Undang ¢ Memberi nasihat undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan. ¢ Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan. ¢ Mendraf atau menyemak dokumen undang- undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang di dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi. ¢ Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan. ¢ Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf rang undang- undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya. ¢ Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan teknologi maklumat dan komunikasi. ¢ Menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang. ¢ Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Unit Audit Dalam ¢ Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT. ¢ Melaporkan kepada Ketua Eksekutif hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan. ¢ Menilai aktiviti Jabatan dengan memberi tumpuan terhadap penggunaan sumber serta pencapaian matlamat yang diharapkan secara efektif, efisien dan ekonomi. 019 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy