Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat Bahagian Pengurusan Psikologi ¢ Bertanggungjawab untuk memastikan HRMIS dilaksanakan di semua agensi dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan elektronik. ¢ Menyedia dan membekal maklumat personel Sektor Awam yang menyeluruh. ¢ Menyediakan kemudahan infrastruktur yang dipercayai dan selamat. ¢ Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi berlandaskan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP). ¢ Melaksanakanprogramlatihandanpembudayaan ICT. ¢ Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT. ¢ Menggubal dan menyelaras dasar dan strategik hala tuju psikologi Perkhidmatan Awam. ¢ Mengawal selia dan memantau pelaksanaan pengurusan psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ¢ Menyedia khidmat kepakaran dan sebagai sumber rujukan psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ¢ Merancang dan melaksana kajian penyelidikan berkaitan isu psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ¢ Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan amalan nilai dalam Perkhidmatan Awam. ¢ Merangka, merancang dan membangun garis panduan/ modul psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ¢ Merangka, merancang, membangun, menyelaras, memantau dan melaksana penggunaan instrumen psikometrik dalam Perkhidmatan Awam. ¢ Merancang dan menyelaras pengurusan data psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ¢ Melaksana peranan Ketua Profesion dalam merangka, merancang, membangun dan menyelaras latihan kompetensi, kepakaran serta kemajuan kerjaya Skim Perkhidmatan Psikologi Gunasama Persekutuan. Unit Komunikasi Korporat ¢ Mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan JPA. ¢ Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat JPA melalui pelaksanaan aktiviti turun padang dan hebahan di medium komunikasi JPA. ¢ Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar bagi tujuan hebahan. ¢ Mengurus dan memantau kandungan digital di Information Board dan Smart Intelligent Panel di JPA. ¢ Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh JPA melalui SISPAA, MyGCC dan saluran komunikasi JPA. ¢ Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA secara tahunan. ¢ Menyelaras dan memantau pencapaian Piagam Pelanggan JPA bersama-sama Bahagian/ Unit. Unit Integriti ¢ Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di JPA. ¢ Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti di JPA. ¢ Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di JPA serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. ¢ Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan di JPA. ¢ Memastikan pematuhan terhadap undang- undang dan peraturan yang berkuatkuasa. ¢ Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional No. 2 dan Kumpulan Sokongan No. 1 dan No. 2 di JPA. 018 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy