Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Bahagian Pencen ¢ Menggubal dan melaksanakan dasar faedah persaraan dan faedah terbitan. ¢ Memantau dan menguatkuasa pelaksanaan Undang-Undang Pencen yang berkuat kuasa. ¢ Meluluskan persaraan, faedah persaraan, faedah terbitan dan faedah pemberhentian perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, Hakim, Ahli Parlimen, Anggota Pentadbiran dan Setiausaha Politik berpandukan undang-undang yang berkuatkuasa. ¢ Meluluskan percantuman perkhidmatan lepas (PPL) bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. ¢ Meluluskan pemberian taraf berpencen (PTB) kepada anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. ¢ Menguruskan kemudahan perubatan (rawatan dialisis) melibatkan pesara serta mengeluarkan surat jaminan perubatan (GL) kepada pesara dan ibu bapa pesara perkhidmatan awampersekutuan dan pihak berkuasa berkanun tertentu. ¢ Menguruskan pembayaran faedah persaraan dan faedah pemberhentian perkhidmatan. ¢ Mengawal selia pelaksanaan urusan persaraan dan pembangunan sistem pengurusan pencen oleh pihak KWAP. ¢ Mengurus data persaraan dan data pemberhentian perkhidmatan. ¢ Mengurus program libat urus dan khidmat nasihat melibatkan pelanggan dan pihak berkepentingan; ¢ Menguruskan permohonan pendaftaran anak OKU tanggungan pesara dan anak belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). ¢ Mengurus aduan yang diterima daripada pelanggan dan pihak berkepentingan. Bahagian Khidmat Pengurusan ¢ Menguruskan urusan penstrukturan dan naziran perjawatan di JPA. ¢ Menguruskan urusan penempatan dan pertukaran pegawai JPA. ¢ Menguruskan pembangunan latihan dan kompetensi personel di JPA. ¢ Menguruskan urusan berkaitan perkhidmatan dan kaunseling bagi pegawai JPA. ¢ Menguruskan urusan kewangan, perolehan dan pembangunan di JPA. ¢ Menguruskan program kualiti di JPA. ¢ Menguruskan urusan pentadbiran dan logistik di JPA. ¢ Menguruskan aktiviti Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) dan Kelab JPA. ¢ Menyelaras pelaksanaan Aplikasi Human Resource Management Information System (HRMIS) di JPA. ¢ Mengurusetiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Lembaga Tatatertib, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ). 017 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy