Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI PSYCHOLOGICAL MANAGEMENT DIVISION Bahagian Pengurusan Psikologi telah berjaya melaksanakan Kajian Pembangunan Profiling Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Awam pada tahun 2024. Skop pertama adalah Kajian Kesesuaian Pembangunan Profiling Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Awam yang merangkumi kajian dalam aspek amalan terbaik, trend masa hadapan, kepentingan profiling, model profiling psikometrik perkhidmatanawam, keperluandasardanmekanisme pelaksanaan. Manakala skop kedua adalah tertumpu kepada Kajian Penilaian dan Pemprofilan Psikologi Perkhidmatan Awam dalam Persekitaran Teknologi IR4.0 dan Megatrend. Dapatan kedua-dua kajian ini menjadi rujukan utama dalam menggerakkan transformasi dan inovasi aplikasi penilaian psikometrik, daripada pendekatan berasaskan ujian kepada pendekatan berasaskan domain mengikut keperluan kitaran hayat pengurusan bakat sumber manusia. Transformasi ini akan melibatkan pembangunan satu sistem baharu bagi menggantikan sistem-sistem legasi serta menggabungkannya ke dalam satu sistem tunggal yang komprehensif dan berpusat. Hasil transformasi ini dijangkakan dapat meningkatkan keberkesanan urusan sumbermanusia dalam lapan (8) kitaran hayat pengurusan bakat melibatkan proses pengambilan, pemilihan, penempatan, kenaikan pangkat, pembangunan, intervensi, pelan penggantian, serta perancangan pra-persaraan, sejajar dengan Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 2021-2025 . b) Pelan Induk Sistem Penilaian dan Pemprofilan Psikologi Perkhidmatan Awam sejajar dengan persekitaran teknologi IR4.0 serta Megatrend. Kajian yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut: a) Pelan Induk Kerangka Profiling Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Awam Bagi Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam Melalui Penambahbaikan Pengurusan Sumber Manusia. 178 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy