Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
FUNGSI BAHAGIAN & UNIT Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar ¢ Melaksanakan latihan yang memberi tumpuan kepada pembangunan sikap, pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai awam. ¢ Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, konsultansi dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif. ¢ Melaksana penyelidikan, kajian impak dan penilaian dasar pengurusan sumber manusia. ¢ Merancang keperluan dan unjuran makro sumber manusia sektor awam. ¢ Menjalin kolaborasi strategik pengurusan sumber manusia sektor awam dalam dan luar negara. ¢ Menyelaras ulasan/ maklum balas JPA bagi mesyuarat jemaah menteri, mesyuarat- mesyuarat utama Kerajaan, persidangan parlimen dan organisasi antarabangsa. ¢ Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), mesyuarat-mesyuarat khas dan Mesyuarat Perancangan Strategik JPA. ¢ Menyelaras pelaksanaan penilaian prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1. Bahagian Perkhidmatan ¢ Menggubal dan melaksana dasar dan strategi perkhidmatan. ¢ Memantau pelaksanaan dasar perkhidmatan. ¢ Memberi khidmat nasihat dan runding selia berkaitan dasar perkhidmatan. ¢ Mengurus sumber manusia Perkhidmatan Gunasama. ¢ Mengurus prestasi dan penilaian kompetensi Perkhidmatan Awam. ¢ Melaksana urusan tatatertib, peperiksaan dan kenaikan pangkat Perkhidmatan Awam. Bahagian Perjawatan dan Organisasi ¢ Menggubal dan memberi khidmat nasihat berkaitan dasar perjawatan dan skim perkhidmatan. ¢ Melaksanakan kajian, memberi khidmat nasihat dan rundingan melibatkan urusan skim perkhidmatan, penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan. ¢ Pengurusan data maklumat perjawatan dan skim perkhidmatan. ¢ Menjalankan audit perjawatan dan skim perkhidmatan. Bahagian Pembangunan Modal Insan ¢ Merancang, menggubal dan menyelaras dasar- dasar dan program-program penajaan dan latihan. ¢ Melaksanakan program-program penajaan dan program-program latihan berikut: a) Latihan Sebelum Perkhidmatan b) Latihan Dalam Perkhidmatan ¢ Menguruskan kutipan balik pinjaman dan tuntutan ganti rugi. Bahagian Gaji dan Elaun ¢ Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan sistem saraan Kerajaan (gaji, elaun dan kemudahan sektor awam). ¢ Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan perhubungan majikan-pekerja. ¢ Menyelidik dan membuat kajian mengenai saraan. 016 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy