Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

ZON BILANGAN (ORANG) PESERTA KAJIAN SKIM PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN JENIS OKU Utara 3 P4 N Pelaksana Fizikal P5 U Pengurusan & Profesional Fizikal P6 N Pelaksana Fizikal Tengah 3 P1 N Pelaksana Pendengaran P2 B Pelaksana Pendengaran P3 KP Pelaksana Fizikal Selatan 2 P7 N Pelaksana Fizikal P8 N Pelaksana Fizikal Timur 1 P9 N Pelaksana Fizikal Malaysia Timur 2 P10 U Pengurusan & Profesional Fizikal P11 N Pelaksana Fizikal Jumlah 11 Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian Fasa 2 796 JUMLAH PESERTA KAJIAN Daripada 11 orang peserta kajian, hanya tiga (3) orang peserta yang menjadi OKU semasa dalam perkhidmatan (Gambar 1). Ketiga-tiga mereka berada mengalami ketidakupayaan fizikal setelah menghidapi penyakit tidak berjangkit (non- communicable disease – NCD) iaitu strok dan kencing manis. Manakala, lagi lapan (8) peserta telah menjadi OKU sebelum memasuki perkhidmatan awam (Gambar 2). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat aspek yang boleh ditambah baik bagi meningkatkan kesejahteraan dan kepuasan bekerja dalam kalangan pegawai awam OKU. Antara keutamaan yang dikenal pasti adalah keperluan memperkukuh kemudahan mesra OKU, meningkatkan peluang pembangunan kerjaya serta menyediakan mekanisme sokongan yang lebih menyeluruh dalam persekitaran kerja. Kajian turut mendapati kepentingan nilai empati dan belajar supaya sentiasa beringat “langit tidak selalu cerah dan malang tidak berbau” terutama kepada pegawai awam yang menjadi OKU selepas menyertai perkhidmatan awam, iaitu pada usia yang telah dewasa. Ini adalah kerana cabaran untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan tubuh badan fizikal turut mencabar ketahanan mental dan emosi. Sehubungan itu, antara cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan responden kajian adalah bagi semua pihak memperkukuhkan inisiatif dan fasiliti tempat kerja sedia ada, termasuk usaha untuk meningkatkan kesedaran dan empati ketua Jabatan serta rakan sekerja, memperluas akses kepada latihan dan pembangunan kompetensi, serta memperkukuh sistem sokongan psikososial. Usaha berterusan juga perlu diteruskan bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih mesra dan menyokong penyertaan penuh pegawai awam OKU dalam perkhidmatan awam. Kajian ini telah mengenal pasti beberapa aspek yang memerlukan penambahbaikan dalam pelaksanaan dasar sedia ada bagi memastikan sektor awam lebih mesra OKU, inklusif dan progresif. Dapatan kajian ini akan menjadi asas kepada perancangan strategik bagi meningkatkan kesejahteraan serta kepuasan bekerja dalam kalangan pegawai awam OKU pada masa hadapan. 176 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy