Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Kajian Penilaian Dasar Pembangunan Sumber Manusia (Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran yang Tidak Berkaitan Secara Langsung dengan Fungsi JPA) 06 Kajian penilaian dasar pembangunan sumber manusia bertajuk Pekeliling Perkhidmatan Dan Surat Edaran Yang Tidak Berkaitan Secara Langsung Dengan Fungsi JPA. Kajian ini merupakan KPI (Key Performance Indicators) di bawah program Outcome Based Budgeting (OBB) bagi Kerangka Pengurusan Prestasi Aktiviti (Activity Performance Management Framework- APMF), Outcome: Dasar Pembangunan Sumber Manusia yang relevan. Kajian penilaian dasar ini bertujuan untuk menilai sama ada sesuatu dasar itu masih relevan dengan persekitaran semasa selain mengukur pencapaian dan keberkesanan dasar berkenaan. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan JPA yang lebih teratur, terdapat keperluan untuk meneliti trend pengeluaran Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran JPA yang tidak berkaitan secara langsung dengan fungsi JPA. Semakan ini juga selaras dengan amanat Ketua Setiausaha Negara pada 13 Februari 2024 supaya agensi Kerajaan menyemak semula peraturan lapuk/lama yang dilihat kurang lagi relevan. Pengumpulan data telah dilaksanakan mulai 16 Mei 2024 sehingga 15 Ogos 2024 terhadap sembilan (9) kementerian/agensi yang melibatkan sebanyak dua (2) Pekeliling Perkhidmatan dan 13 Surat Edaran. Hasil daripada kajian ini, JPA ini telah mengeluarkan Garis Panduan Kaedah Pengeluaran Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran JPA dan mengedarkannya kepada semua Bahagian di JPA pada 29 Oktober 2024 bagi memastikan tadbir urus pengeluaran Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran JPA lebih berimpak serta memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Kajian Impak Berkenaan Kepuasan Bekerja dalam Kalangan Pegawai Awam OKU di Bawah Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam kepada OKU 07 Kajian Impak berkenaan Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pegawai Awam OKU di bawah Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada OKU telah dijalankan sebagai salah satu aktiviti tahunan di bawah OBB-Kerangka Keberhasilan Aktiviti (Activity Performance Management Framework-APMF). Tujuan kajian adalah untuk membuat penilaian terhadap tahap kepuasan bekerja pegawai awam OKU, hasil daripada Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada OKU yang dilaksanakan selama 37 tahun iaitu semenjak tahun 1988 sehingga kini. Tempoh kajian ini adalah selama sepuluh bulan iaitu dari Februari 2024 sehingga November 2024. Kepuasan bekerja adalah elemen penting dalam menjamin produktiviti, motivasi, dan kesejahteraan pekerja. Faktor seperti persekitaran kerja, kemudahan, ganjaran, serta peluang pembangunan kerjaya memainkan peranan dalam menentukan tahap kepuasan bekerja seseorang individu (Habli, et al., 2017). Menurut Kajian Indeks Keterlibatan Penjawat Awam Perkhidmatan Awam Persekutuan 2018, tahap kepuasan peribadi bekerja menunjukkan hubungan sederhana iaitu 0.55, menurun sebanyak 0.06 berbanding tahun 2015. Dapatan ini mencerminkan adanya isu yang perlu diberi perhatian dalam memastikan kepuasan bekerja dalam sektor awam. Namun begitu, tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pegawai awam OKU tidak dapat dikenal pasti secara khusus kerana kajian tersebut tidak mengkategorikan responden mengikut status keupayaan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi menilai sama ada dasar ini yang telah diperkenalkan sejak tahun 1988 memberi impak positif terhadap kepuasan bekerja pegawai awam OKU setelah mereka dilantik dan berkhidmat di tempat kerja masing-masing. Bahagian ini telah menjalankan kajian secara Fasa 1 iaitu kuantitatif (tinjauan dalam talian) dan Fasa 2 iaitu kualitatif (temu bual bersemuka dan pemerhatian di tempat kerja) bagi mendapatkan maklum balas mengenai kepuasan bekerja pegawai awam OKU daripada pelbagai latar belakang kategori ketidakupayaan, skim perkhidmatan, jantina dan kaum. Seramai 416 pegawai awam OKU telah memberi respon terhadap tinjauan dalam talian bermula dari Februari 2024 sehingga Mac 2024. Selain itu, sebanyak sebelas (11) sesi temu bual telah diadakan melibatkan 4 zon persampelan daripada bulan Mei 2024 sehingga Oktober 2024 dan dihadiri seramai 11 orang informan iaitu: 175 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy