Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Kajian Indeks Keterlibatan Pegawai Awam (IKPA) 05 Kajian Indeks Keterlibatan Pegawai Awam (IKPA) bermula tahun 2014 bertujuan mengukur persepsi seseorang pekerja terhadap pekerjaan yang dilaksanakan dalam organisasi. Secara umumnya, pekerja yang mempunyai tahap keterlibatan yang tinggi akan mempunyai komitmen serta kepuasan kerja yang tinggi terhadap tugas dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian organisasi. Oleh sebab itu, IKP adalahmerupakan KPI dan juga aktiviti Kerangka Keberhasilan Berasaskan OBB di bawah Ministry Executive Summary (MES) bagi Outcome: Modal Insan Perkhidmatan Awam Yang Cemerlang. Pengukuran IKPA pada tahun 2023 dan sebelumnya adalah berdasarkan kepada lima (5) soalan yang melibatkan elemen yang terdiri daripada motivasi, inspirasi, keterikatan, perakuan dan kebanggaan dengan berasaskan kepada Civil Service People Survey, United Kingdom. Setelah meneliti keperluan untuk mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif mengenai tahap keterlibatan dan kepuasan pegawai awam dalam organisasi, bahagian ini telah membangunkan sebanyak 15 soalan melibatkan elemen yang sama untuk pengukuran IKPA tahun 2024. Soalan tersebut dibangunkan berasaskan kepada Civil Service People Survey, United Kingdom, Utrecht Work Engagement Scale (UWES) (Schaufeli et al., 2006) dan Gallup Workplace Audit (GWA). Selanjutnya Kajian IKPA 2024 telah dilaksanakan bermula 7 hingga 22 November 2024 dengan menggunakan format google form yang diedarkan kepada semua kementerian dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK). Seramai 116,765 orang responden telah mengemukakan maklum balas kepada kajian ini. Setelah dianalisis, IKPA tahun 2024 mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 84.37% iaitu peningkatan sebanyak 5.87% berbanding tahun 2023 yang mencatatkan skor 78.5%. Pencapaian ini melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu antara 69% - 75%. Pencapaian skor ini menunjukkan tahap keterlibatan yang tinggi dalam kalangan pegawai awam. Skor ini mencerminkan kebanggaan terhadap pekerjaan dan organisasi, keterikatan peribadi yang kuat, serta motivasi dan inspirasi yangmendorong prestasi kerja terbaik. Sebilangan besar pegawai awam berasa bangga menjadi sebahagian daripada organisasi, merasakan pekerjaan mereka relevan dalam mencapai matlamat organisasi, dan terinspirasi untuk terus menyumbang secara positif. Walau bagaimanapun, aspek seperti keseimbangan kerja-hidup dan keseronokan dalam pekerjaan perlu diberi perhatian bagi mengekalkan tahap keterlibatan yang tinggi. Organisasi disarankan untuk terus memperkukuh budaya kerja yang menyokong kesejahteraan pegawai awam, memperluas peluang pembangunan kendiri, danmeningkatkan komunikasi mengenai harapan serta matlamat organisasi untuk mengekalkan momentum positif ini. 174 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy