Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Kajian ini melibatkan proses yang mendalam, termasuk: i. Kenalpasti Punca Kuasa dan Rujukan Utama: Menentukan sumber kuasa dan panduan utama untuk pembangunan kompetensi kepimpinan. ii. Kenalpasti Program Kepimpinan: Mengenal pasti program kepimpinan yang telah, sedang, dan akan dijalankan oleh pihak pelaksana. iii. Kaji Ciri-Ciri Kepimpinan As-Is dan To-Be : Menilai ciri-ciri kepimpinan semasa ( As-Is ) dan yang diinginkan ( To-Be ) berdasarkan skim dan profesion terpilih. Hasil yang dijangka daripada kajian ini termasuk: i. Punca Kuasa: Menyediakan punca kuasa yang jelas sebagai rujukan utama dalam sektor awam. ii. Senarai Program Kepimpinan: Menghasilkan senarai program kepimpinan yang relevan untuk pembangunan kompetensi kepimpinan. iii. Rumusan Perbandingan Ciri-Ciri Kepimpinan As-Is & To-Be : Merumuskan perbandingan ciri- ciri kepimpinan semasa dan yang diinginkan berdasarkan skim dan profesion terpilih. iv. Rumusan Analisis Jurang Kompetensi Kepimpinan: Menyediakan rumusan analisis jurang kompetensi kepimpinan untuk mengenal pasti kekurangan yang perlu diatasi. Pelaksanaan kajian ini melibatkan beberapa fasa aktiviti yang komprehensif. Pada tahun 2024, pasukan kajian telah mengadakan Mesyuarat Kerja Pembangunan Instrumen Kajian di Hotel Ibis PJCC, Petaling Jaya dari 9 hingga 11 September 2024. Mesyuarat ini melibatkan 30 orang pegawai daripada pelbagai Bahagian termasuk urus setia. Pembentukan instrumen kaji selidik ini adalah berasaskan Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA) yang pernah dibangunkan sebelum ini. Hasil daripadaMesyuarat Kerja tersebut, terbentuklah Instrumen Kajian dalam bentuk Borang Kaji Selidik yangdilaporkansendiri ( self-administered )mengenai gaya kepimpinan mengikut tahap kepimpinan ( leadership role ) sedia ada ( As-Is ) di penempatan semasa. Instrumen kajian ini telah melalui proses ujicuba ( pilot test ), dan setelah penambahbaikan dilaksanakan, edaran borang kaji selidik dijalankan melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian dan Jabatan terpilih untuk fasa kajian kali ini iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tempoh kaji selidik adalah selama 16 hari, bermula dari 20 November 2024 hingga 6 Disember 2024. Laporan Awal Hasil Dapatan Kaji Selidik telah dibentangkan kepada Pengurusan BPPD pada 24 Disember 2024. Penyediaan laporan awal kajian bertulis sedang dilaksanakan, dengan mengambil kira pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada sesi pembentangan tersebut. Kajian ini akan diteruskan untuk fasa aktiviti seterusnya iaitu Kajian Ciri-ciri dan Kompetensi Kepimpinan yang dihasratkan ( To-Be ) untuk melengkapkan Kajian Pelaksanaan Pembangunan Kompetensi Kepemimpinan Sektor Awam ini pada tahun 2025. 173 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy