Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) Kajian Pelaksanaan Pembangunan Kompetensi Kepemimpinan Sektor Awam Sedia Ada 03 04 Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) secara dalaman pada tahun 2023. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti isu dan cabaran ILA bagi pelaksanaan pembangunan kompetensi di bawah dasar sumber manusia sedia ada serta hala tuju institusi - institusi ini selaras dengan agenda nasional jangka panjang. Terdapat lima (5) punca kuasa yang disandarkan bagi pelaksanaan kajian ini iaitu: i. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSA) PP 6 / 2005; ii. Cadangan Rasionalisasi Jabatan/ Agensi (2019); iii. Rancangan Malaysia Kedua Belas RMKe-12 (2021 - 2025); iv. Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 - 2030; dan v. Malaysia / Ekonomi MADANI Kajian telah dimulakan sejak Februari 2023 dengan melibatkan siri perbincangan dalaman JPA dan diteruskan dengan sesi libat urus bersama semua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian dan Jabatan di bawah JPM. Hasil dari Kajian Pelaksanaan Pembangunan Kompetensi Kepemimpinan Sektor AwamSedia Ada yang bermula pada Mac 2024. Kajian yang dilaksanakan secara in- house oleh Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) bertujuan untuk menilai kaedah dan keberkesanan program pembangunan kepimpinan yang sedang digunakan di institusi seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI), dan Bahagian Perkhidmatan (BK). Kajian ini bertujuan untuk: i. Mengenal pasti kaedah pembangunan dan penilaian kompetensi kepemimpinan sedia ada; ii. Mengenal pasti isu dan cabaran sedia ada khususnya dalam aspek pembangunan kompetensi kepemimpinan; iii. Mengenal pasti senarai program pembangunan kepimpinan sektor awam sedia ada iv. Mengenal pasti corak atau jenis kepimpinan sedia ada dalam kalangan skim atau profesion terpilih pencalonan oleh BPSM Kementerian - kementerian dan JPM, maka 43 ILA telah dilibatkan dalam tiga (3) siri mesyuarat kerja dan dua (2) siri mesyuarat kerja pemurnian kajian. BPPD juga telah mengadakan sesi lawatan dan taklimat ke 13 ILA yang terpilih pada tahun 2023. Pada tahun 2024, BPPD telahpun melaksanakan 3 siri mesyuarat kerja susulan kajian ini bagi menyempurnakan hasil dan dapatan kajian yang diperolehi pada tahun 2023. ILA secara umumnya adalah institut yang melaksanakan program serta aktiviti pembangunan sumber manusia kepada kumpulan sasar pegawai awam serta bukan pegawai awam atau kombinasi kedua-duanya melalui kemudahan pembelajaran serta pengajaran yang dimiliki dan dibiayai melalui peruntukan Kerajaan. Hasil kajian mendapati sebanyak 22 ILA berada pada Tahap 5 iaitu Transformasi (Transformational), 15 ILA berada pada Tahap 4 Matang (Mature), 3 ILA berada pada Tahap 3 Bekembang (Emerging), 2 ILA berada pada Tahap 2 Asas (Foundation) dan 1 ILA berada pada Tahap 1 iaitu Pra- Asas (Pre-Foundation). v. Mengkaji dan menilai peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam perancangan, pelaksanaan dan pengurusan pembangunan kompetensi kepemimpinan sektor awam vi. Mengemukakan syor bagi penambahbaikan pembangunan kompetensi kepemimpinan sektor awam Kajian ini seiring dengan fokus yang digariskan dalam RMK-12 dan KSP RMK-12 iaitu “Pemimpin Berkualiti dalam Perkhidmatan Awam ke Arah membangunkan Perkhidmatan Awam yang Berprestasi Tinggi”. Kajian ini adalah sangat relevan kepada sektor awam di Malaysia kerana ia menyediakan punca kuasa yang jelas sebagai rujukan utama dalam sektor awam. Kajian ini membantu dalam mengenal pasti dan menyenaraikan program-program yang telah, sedang, dan dalam perancangan oleh pihak pelaksana, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan kompetensi kepimpinan. Dengan adanya data yang komprehensif, kajian ini berpotensi menyumbang kepada pembuatan dasar dan strategi kepemimpinan yang lebih efektif dan berkesan. 172 Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy