Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Kajian Unjuran Guna Tenaga Sektor Awam (UGTSA) 02 Kajian Unjuran Guna Tenaga Sektor Awam (UGTSA) merupakan satu kajian dalam penyediaan unjuran guna tenaga dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran dalam lima (5) sektor utama Perkhidmatan Awam iaitu sektor modal insan, sosial, keselamatan, infrastruktur dan ekonomi. Pelaksanaannya merangkumi perkembangan terkini dan masa hadapan dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam, serta keperluan untuk meramalkan keperluan tenaga kerja bagi memastikan perancangan dan pembangunan yang mapan, seterusnya dapat merealisasikanmatlamat dan hala tuju Negara dalam aspek penyampaian perkhidmatan yang berkesan. Penyediaan Unjuran Guna Tenaga Sektor Awam ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1986 mengenai Pembahagian Tugas dan Tanggungjawab Mengenai Perancangan Tenaga Manusia yang menggariskan tanggungjawab JPA untuk merancang tenaga manusia bagi keseluruhan sektor awam; menyelaras tugas-tugas perancangan tenaga manusia yang dilaksanakan oleh semua agensi Kerajaan; mengawas pelaksanaan perancangan tenaga manusia di peringkat agensi; dan membekal tenaga manusia terlatih sesuai dengan perancangan yang telah diadakan. Selain itu, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2024 berkenaanPelaksanaanSistemSaraanPerkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan turut menggariskan empat (4) peranan utama Ketua Perkhidmatan dalam menambah baik peluang kemajuan kerjaya dan mobiliti pegawai melalui perancangan strategik sumber manusia secara menyeluruh. Empat (4) peranan utama ini ialah: 1. Pengurusan Perjawatan dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan 2. Pengendalian Urusan Personel dan Perkhidmatan 3. Perancangan Strategik Pembangunan Modal Insan 4. Perancangan dan Pelaksanaan Program Kemajuan Kerjaya Bagi tahun 2024, antara aktiviti di bawah Kajian UGTSA termasuklah: i. Taklimat Kajian Unjuran Guna Tenaga Sektor Awam kepada Pengurus Sumber Manusia di Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ii. Mesyuarat Pasukan Kajian dan Jawatankuasa Kerja; iii. Mesyuarat bersama rakan strategik Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); iv. Mesyuarat Kerja Kumpulan Fokus Kajian UGTSA (4 siri); dan v. Penyediaan Laporan Insepsi dan draf Kamus UGTSA. 171 Laporan Tahunan 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy